Wanita sentiasa perlu tampil cantik. Mereka perlu mempunyai bentuk badan menarik secara semula jadi. Bila terlalu kurus, pusingan hormon di dalam tubuh boleh terganggu dan akhirnya bentuk badan mereka tidak lagi menarik seperti seorang wanita sejati. Diet LIMA Faktor merupakan diet yang sememangnya menjadi kegemaran selebriti terkenal Hollywood.

Diperkenalkan oleh Harley Pasternak yang merupakan seorang jurulatih kecergasan selebriti Hollywood, diet ini juga dikenali sebagai diet rendah GI (indeks glikemik). Dia tidak percaya dengan diet yang hanya mengambil kira soal bentuk badan langsing semata-mata tetapi mengabaikan aspek kesihatan dan kecergasan.

Jom lihat pelan diet LIMA Faktor ini.

Sesuai dengan namanya, angka 5 adalah kunci utama dalam program ini. Angka tersebut bermaksud LIMA hidangan sehari bersama LIMA bahan utama dalam setiap hidangan. Kelima-lima hidangan ini perlu mengandungi kombinasi protein sihat, karbohidrat kompleks, serat, sedikit lemak dan juga air. Tipnya, makan setiap hidangan mini ini setiap tiga hingga empat jam sekali. Antaranya termasuklah:

1. Air (tanpa gula)

Sebaik-baiknya air yang tanpa gula adalah air putih.

2. Protein rendah lemak

Sumber protein rendah lemak ini boleh didapati di dalam ayam (bahagian dada), ikan, kerang-kerangan, telur (bahagian putih sahaja) atau keju (cheese cottage).

3. Lemak sihat

Awas apabila mengambil makanan yang mengandungi lemak. Pastikan anda hanya mengambil makanan dari sumber minyak zaitun dan rapeseed (juga sejenis minyak), serta dari sumber tenusu yang rendah lemak.

4. Karbohidrat sihat

Dapatkan karbohidrat yang menyihatkan di dalam makanan seperti kekacang, lentil, beras perang, dan buah-buahan.

5. Serat

Pelbagai sumber serat yang boleh dipilih seperti kekacang, oat, lentil, barli, beras perang, roti gandum penuh, sayur-sayuran (kecuali kentang) dan buah-buahan.

Jadual Hidangan Harian

Hidangan harian anda boleh berpandukan jadual seperti di bawah. Ingat, pastikan anda mengambil kira LIMA faktor utama dalam diet ini. Gunakan kreativiti anda untuk menyusun jadual hidangan harian anda.

Sarapan    

2 keping roti telur

Caranya: Celupkan roti di dalam putih telur yang telah ditambah dengan susu skim (rendah lemak) dan sedikit gula. Panggang atau bakar roti dengan sedikit keju ricotta (rendah lemak) bersama beberapa biji buah beri.

Minum pagi  

Kepingan ayam/ayam belanda

Caranya: Panggang dan makan bersama saderi yang dicelup di dalam sos buatan sendiri.

Makan tengah hari    

Ubi kentang manis

Caranya: Bakar ubi kentang manis bersama tuna

Minum petang  

Kekacang

Caranya: Makan kekacang sebagai snek minum petang.

Makan Malam  

Bihun/suhun

Caranya: Goreng bihun atau suhun bersama sayur-sayuran dan sedikit udang.

Sumber: keluarga.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen