Memandangkan Hari Raya Haji akan menjelang, pasti anda akan mendapat banyak daging dan tulang lembu atau kerbau. Ini kami kongsikan antara resepi yang korang boleh cuba menggunakan lebihan daging dan tulang tersebut.

Jom tengok apa bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Senang je!

Bahan yang diperlukan: 

  • 400gm tulang rusuk lembu | bersihkan dan rebus ¾ empuk
  • 400ml air rebusan tulang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 50gm rempah sup
  • 2 inci halia | hiris tebal
  • 1 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya: 

  1. Didihkan air rebusan tulang tadi dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali tulang, garam dan serbuk perasa.
  2. Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika dan masukkan tulang.
  3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sekata.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen