Masalah juga jika ingin memulakan tugasan memasak, tetapi daging di dalam peti sejuk masih dalam keadaan beku. Sudah menunggu lama untuk membiarkan daging lembut, kini tiba pula masa untuk memasak. Namun, satu lagi hal membingungkan yang timbul apabila daging yang dimasak menjadi liat dan tidak enak untuk dijamah.

Apakah caranya agar daging yang dimasak menjadi empuk sempurna? Jom ikut tip di bawah.

Cara Melembutkan Daging Beku

Biarkan daging di dalam plastik bungkusan dan letakkannya di dalam singki, sambil air paip dibuka dan mengalir pada bungkusan daging. Air paip pada suhu bilik akan memanaskan daging yang beku secara perlahan hingga ia kembali pada keadaan asal.

Cara Memotong Daging dengan Betul

Sebenarnya cara yang tepat dalam memotong daging adalah bergantung kepada bahagian lembu dan jenis hidangan yang akan dimasak menggunakan daging tersebut. Secara umumnya, anda perlu sentiasa ingat agar memotong daging berlawanan arah urat untuk mendapatkan daging yang lembut setelah dimasak.

Cara Memasak Daging Supaya Tidak Liat

Daging jenis lembut seperti batang pinang, anda perlu memasaknya dengan kadar yang cepat dan pastikan suhu dalaman daging tidak melebihi 65 darjah Celsius. Suhu yang terbaik adalah 55 ke 60 darjah Celsius.

Untuk daging jenis liat seperti di bahagian bahu atau kaki, masak daging berkenaan secara perlahan. Jangan sesekali biarkan suhu daging melebihi 70 darjah Celsius sepanjang waktu memasak. Cara terbaik ialah dengan memasak daging di dalam kuali bertutup dengan api yang kecil selama sekurang-kurangnya 4 jam. Pasti anda akan dapat hasil daging yang lembut, berjus dan yang paling penting kesegaran daging masih terpelihara.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen