Dari pagi hingga ke petang, anda tidak habis-habis melakukan pelbagai aktiviti, sehinggakan penampilan anda mula berserabut. Solekan mula pudar dan bau badan mula muncul kerana anda banyak menghabiskan masa di luar pejabat. Walaupun ada minyak wangi, ia tidak selamanya berkesan mempertahankan baunya.

Pastinya anda inginkan bau badan yang wangi dan kekal segar untuk sentiasa berasa yakin berhadapan dengan orang ramai.

Jom ikut tips untuk kekal segar ini.

Mandi Dua Kali Sehari
Mandi sekali sehari sahaja boleh menyebabkan kotoran melekat pada badan dan seterusnya menimbulkan bau badan. Lebih-lebih lagi apabila sampai ke rumah, anda terus baring di atas katil. Mandilah dua kali sehari dan rendam kaki dengan air suam yang ditaburi garam untk menghilangkan bau badan dan bau kaki.

Deadoran & Pewangi
Badan anda mudah berpeluh? Jadi, jangan lupa untuk memakai deodoran yang cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan pada ketiak anda. Selain itu, semburlah minyak wangi di bahagian leher dan belakang cuping telinga. Minyak wangi yang segar dan tahan lama boleh membuatkan anda bersemangat dan yakin.

Jenis Pakaian
Pemilihan jenis pakaian juga memainkan peranan penting sama ada mampu menyerap peluh atau tidak. Tambahan pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ia boleh menyebabkan badan anda mudah berpeluh kerana kepanasan dan lembap.

Nikmati Teh Panas
Minum teh juga memberi kelebihan untuk anda kerana ia dapat mengembalikan kesegaran dan semangat yang telah anda gunakan sepanjang hari. Contohnya, teh lemon, pudina, lavender atau chamomille yang mengandungi asid tannin dapat membantu badan anda tetap sejuk dan mengelakkan peluh yang berlebihan.

Pilihan Makanan
Mengambil makanan tidak menentu boleh menerbitkan bau badan. Contohnya, makanan segera, sambal petai, makanan bergoreng dan sebagainya. Sebagai ganti, anda boleh mengambil buah-buahan dan sayuran yang mengandungi zat agar badan anda sentiasa segar.

Jangan Stres
Selain pengambilan makanan yang tidak menentu atau pemilihan pakaian, anda boleh mengelakkan masalah ini secara mental iaitu jangan stres. Tetap bersemangat dan percaya diri. Fokuskan kepada rutin harian yang anda lakukan.

Kekal Positif
Fikiran yang positif boleh membuatkan anda dapat menjalankan aktiviti dengan senang tanpa memikirkan perkara yang merumitkan. Sentiasa beranggapan baik untuk membentuk keperibadian yang lebih positif.

Sumber: rapi.karangkraf.com & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen