Di hujung minggu bersama keluarga ini boleh la buat hidangan bakar-bakar. Memang meriah! Jom cuba buat daging bakar ala thai ni. Sesekali kita cuba kelainan pula.

Bahan yang digunakan:

  • 1/2kg daging
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2 sudu makan kicap
  • 1 sudu sos tiram
  • Garam & gula

Bahan pencicah

  • 1 Ulas bawang putih
  • Akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Sos ikan
  • Gula
  • Limau nipis

Cara membuatnya:

  1. Tumbuk bawang putih dan serai sehingga lumat.
  2. Gaul semua bahan-bahan bersama daging dan biar ia perap ( boleh terus dibakar jika tidah mahu perap, tapi lagi lama perap lagi sedap)
  3. Daging jangan dibakar terlalu lama kerana daging akan kering.

Cara membuat pencicah

  1. Tumbuk bawang putih dan akar ketumbar.
  2. Selepas itu satukan semua bahan dan gaul rata.
  3. Cili padi dihiris halus

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen