Apabila penat beraa ditambah dengan cuaca yang panas dan makan makanan yang berminyak serta minuman ais yang di hidang pasti mengundang sakit kepala. Lagi teruk jika anda kurang minum air. Badan anda pasti akan mengalami hidrasi atau kekurangan air.

Selain daripada ubat penahan sakit dan minyak angin yang digunakan, ada beberapa jenis minuman yang anda boleh amalkan untuk memberikan kelegaan apabila sakit di bahagian kepala.

AIR SEJUK 

Air sejuk mampu menyejukka badan ketika cuaca panas dan kesan dari pengambilan air sejuk juga dapat meningkatkan pengaliran darah ke otak dan membantu mengurangkan rasa sakit.

KOPI 

Kafein yang terdapat dalam kopi mampu mengurangkan rasa sakit kepala. Kopi juga membantu membuatkan badan anda berasa lebih segar.

TEH HALIA 

Teh halia bukan sahaja berkesan untuk mengurangkan rasa sakit kepala tetapi ia juga sesuai diminum untuk menghilangkan rasa loya yang selalunya hadir ketika anda rasa pening kepala. Selain daripada meminum teh halia segera (yang hanya perlu tambah air panas), anda boleh juga membuat teh halia sendiri di rumah. Anda hanya perlu membancuh teh seperti biasa dan tambahkan seinci halia yang telah ditumbuk sedikit.

TEH HIJAU 

Teh hijau kaya dengan antioksidan yang bertindak sebagai rangsangan kepada sistem saraf untuk mengurangkan tekanan yang selalunya menjadi punca seseorang mendapat sakit kepala.

TEH HITAM

Seperti kopi, teh hitam juga mengandungi kafein yang kerap dijadikan bahan utama dalam proses membuat ubat penawar sakit kepala. Jadi, anda boleh amalkan minum teh hitam untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit kepala.

Sumber: maskulin.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen