Ada lebihan daging salai masakan semalam? Nak buang rasa membazir. Apa kata anda cuba resepi pasta daging salai ni? Resepi lama diolah menggunakan resepi moden. Lain dari yang lain!

Bahan yang digunakan: 

  • 140g pasta fetucini
  • 100g daging salai
  • 100g rencah tumisan
  • 3 tomato ceri, dipotong dua
  • 60g cendawan putih shimeji
  • 1 pucuk daun selasih siam
  • 1 pucuk daun pasli
  • 100g minyak zaitun
  • Garam dan lada hitam

Bahan rencah tumisan (dikisar bersama):

  • 1 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tomato
  • 3 cili padi merah
  • 1 pucuk daun selasih

Cara membuatnya: 

  1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali.
  2. Masukkan tomato ceri, cendawan, daun selasih dan pasli. Tumis hingga naik bau.
  3. Seterusnya masukkan bahan tumisan. Teruskan menumis sehingga masak. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  4. Masukkan pasta dan gaulkan bersama sos tadi.
  5. Siap untuk dihidang.

Sumber: jelita.com.my

Komen dgn Fesbuk

komen