Dah bosan dengan masakan berasaskan daging? Pasti ramai yang sudah mula menukar menu resepi menggunakan bahan lain selain daging. Resepi mudah yang dikongsikan kali ini mudah sekali cara membuatnya. Jom kita lihat apa bahan yang diperlukan dan cara membuat Ayam Goreng Kunyit ini.

Bahan yang diperlukan:

  • Dada ayam – dipotong dadu
  • 1 sudu besar¬†serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1 sudu besar sos tiram (pilihan)

Bahan sampingan:

  • Lobak merah -dipotong memangjang
  • Cili padi – diketuk
  • 1 biji bawang besar – dihiris halus
  • Bunga kobis – dipotong
  • Kacang panjang – dipotong

Cara membuatnya: 

  1. Satukan serbuk kunyit, lada sulah, serbuk kari, tepung jagung dan gula pasir. Gaul sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak masak dan pastikan minyak tidak terlalu banyak. Goreng ayam terlebih dahulu sehingga garing dan tidak melekat di kuali.
  3. Selepas itu masukkan lobak, bawang merah dan lada.
  4. Kemudian masukkan bunga kobis dan akhir sekali masukkan kacang panjang.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan kacau sehingga sebati.
  6. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen