Pelbagai petanda akan menunjukkan alahan pada susu lembu. Jadi ibu bapa perlu ambil perhatian dan mengenali simptom-simptom tersebut supaya dapat di diagnosis pada peringkat awal.

Tanda-tanda akan timbul dalam jangka masa 6 bulan pertama. Antaranya:-

  • Nafas berbunyi
  • Muntah
  • Gatal
  • Ruam / bintat
  • Bengkak pelupuk mata dan bahagian lain
  • Tindak balas seluruh badan (anaphylaxis) yang cepat dan menyerang secara tiba-tiba
  • Najis berdarah
  • Pembesaran terbantut

Segera dapatkan nasihat doktor untuk diagnos petanda ini kerana khuatir timbulnya masalah lain dari alahan susu lembu.

  • Asma dan ekzema
  • Penyakit usus
  • Kekurangan zat makanan
  • Risiko kematian akibat serangan teruk (anaphylaxis)

Rawatan dan langkah pencegahan untuk alahan susu lembu

  • Ubatan seperti epinephrine/adrenaline dan antihistamin adalah penting
  • Elakkan pengambilan semua makanan berasaskan susu lembu
  • Ibu yang menyusukan anak juga dihalang mengambil makanan berasaskan susu lembu
  • Bayi yang diberikan susu formula disyorkan menukar kepada susu yang berasaskan soya atau yang diproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula). Bagi kes yang teruk, tukarkan kepada susu yang berasaskan asid amino.
  • Ambil Vitamin D dan kalsium tambahan jika perlu

Sumber: majalahpama.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen