Tak banyak resepi yang menggunakan dakwat sotong sebagai bahan. Tak ramai juga di antara kita yang menggunakan dakwat sotong dalam masakan mereka. Takut nanti orang tak nak makan kan?

Sebenarnya ini adalah resepi pasta yang paling senang dan cepat untuk disediakan tau. Boleh guna makanan laut atau ayam sebagai penambah dalam masakan. Jom lihat apa bahan yang digunakan dan bahan yang digunakan.

Bahan yang diperlukan:

  • 1/2 paket Squid Ink Pasta
  • Air rebusan pasta
  • 1/2 cawan minyak zaitun
  • 7 udang saiz sederhana
  • 5 sotong, dipotong
  • 1 sudu bawang putih, ditumbuk
  • 3 – 5 ceri tomato
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 lemon
  • Sedikit daun selasih segar

Cara membuatnya: 

  1. Rebuskan pasta. Sambil itu panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih. Biar hingga kekuningan dan masukkan sotong, diikuti dengan udang. Kacau hingga masak dan air sotong kering.
  2. Perahkan sedikit jus lemon ke atas sotong dan udang, perlahankan api.
  3. Masukkan tomato, garam dan lada hitam. Kacau rata.
  4. Angkat pasta dan masukkan terus ke dalam kuali dan kacau rata. Tutupkan api.
  5. Perahkan sedikit lagi lemon dan gaulkan dengan daun selasih segar dan letakkan sedikit lagi minyak zaiton sebelum menghidang.

Selamat mencuba!

Sumber: jelita.com.my

Komen dgn Fesbuk

komen