Bila makan di luar, masakan tempe dan kacang panjang selalu menjadi rebutan. Rupanya nak buat senang sahaja. Tak mengambil masa yang lama jugak. Sesuai untuk mereka yang kena masak selepas balik kerja.

Jom tengok apa bahan yang diperlukan dan cara membuatnya:

Bahan yang diperlukan: 

  • 8 tangkai kacang panjang – dibasuh dan potong serong
  • 2 keping tauhu – potong dadu besar
  • 1 keping tempe – potong
  • 2 ulas bawang merah – dihiris nipis
  • 1 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Bawang goreng secukupnya

Bahan pes: 

  • 100gm cili kering – buang biji dan rendam
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5 cm belacan
  • 1/2 cawan kecil air asam jawa
  • Minyak masak secukupnya

Cara membuatnya: 

Cara buat pes: 

  1. Kisar semua bahan sehingga lumat. Panaskan 1/4 minyak masak.
  2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
  3. Masukkan dalam bekas kedap kaca (untuk tahan lama). Simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.

Cara masak: 

  1. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit.
  3. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan kacang panjang, tauhu dan tempe. Kacau hingga rata dan masukkan perasa dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
  5. Angkat dan tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen