Semua wanita inginkan kulit yang licin dan mulus bak sutera. Namun, tidak semua dikurniakan dengan kulit wajah yang cantik tanpa sebarang cela. Apabila memasuki saja usia remaja, pelbagai masalah kulit melanda akibat perubahan hormon dan ia berterusan sehingga menjengah usia matang.

Setiap orang mempunyai liang pori terbuka luas dan besar, dan dua kali ganda lebih besar apabila berusia sekitar antara 25 hingga 50 tahun secara umumnya.  Keadaan ini akan  menyebabkan kulit wajah tampak kasar dengan permukaan tidak sekata.

Sebenarnya, liang roma mula muncul selepas akil baligh, iaitu apabila mulanya pengeluaran androgen. Berdasarkan kajian dilakukan, liang roma akan membesar serta-merta dan mengeluarkan minyak sejajar dengan perubahan hormon apabila remaja meningkat dewasa.

Faktor Liang Pori Besar

  • Terdedah kepada sinaran UV yang berlebihan
  • Merokok
  • Penuaan
  • Genetik
  • Mengamalkan diet dan gaya hidup yang tidak sihat
  • Perubahan hormon

Cara Mengatasi Liang Pori Besar 

  • Gunakan produk pencuci wajah bebas sabun, lembut serta bertindak balas sempurna dengan air. Pencuci wajah yang mengeringkan akan membuat kulit pedih  dan meninggalkan kesan merah serta iritasi.
  • Serap lebihan minyak di wajah dengan penggunaan pupur jenis lumpur. Pupur wajah dihujung minggu dengan menggunakan bahan -bahan semulajadi seperti putih telur, timun dan tomato.
  • Guna produk yang mengandungi kandungan anti oksida yang  tinggi. Selain mampu menjadikan kulit sihat, ia mengurangkan kesan kedutan .
  • Pastikan anda berbincang dan merujuk kepada pakar jika bercadang ingin mengambil sebarang pil atau ubat yang boleh menjejaskan hormon badan anda.

Perkara Yang Perlu Dielakkan

  • Berhenti gunakan produk yang menyebabkan penghasilan minyak pada wajah yang lebih banyak. Contohnya, produk yang berciri krim adalah pilihan yang salah buat mereka yang mempunyai kulit berminyak.
  • Jangan tidur dengan solekan di wajah! Bukan sahaja ia menyebabkan pori tersumbat, malah menggalakkan kemunculan  bintik hitam dan kulit kusam.
  • Jika anda menggunakan penyamar noda bagi menutup cela,hati-hati kerana ia mungkin akan membuatkan liang pori tersumbat dan sukar untuk anda membersihkan solekan dengan sempurna.
 Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen