Masalah selulit tidak semestinya disebabkan oleh berat badan yang berlebihan. Malah, orang kurus juga boleh memiliki masalah ini. Tentunya ramai yang berputus asa untuk mencari jalan untuk hilangkan selulit ini dan masih mencari cara terbaik atasinya.

Masalah selulit menjadi perkara biasa buat wanita dan lelaki. Lebih-lebih lagi jika masalah ini diwarisi melalui ahli keluarga yang memilikinya.

Faktor selulit

  • Kurang aktiviti fizikal
  • Perubahan hormon
  • Kekurangan air

Cara merawat

Diet Seimbang

Jaga pemakanan anda kerana ia adalah penyumbang besar dalam membentuk lebih banyak selulit. Kurangkan makanan bergaram kerana ini akan membuatkan sel lemak mengembang dan menjadikan ia lebih jelas kelihatan di permukaan kulit terutama di kawasan selulit bermaharajalela.

Skrub

Rajin-rajinlah menggunakan skrub setiap kali anda mandi. Ia secara tidak langsung bertindak sebagai pelancar darah dalam tubuh dan menghilangkan sisa noda pada kulit yang akan lebih pantas memperbaharui. Ia menggalakan penyaluran lympathic agar lebih lancar merembes toksin dalam badan dan mengurangkan lapisan lemak yang tidak diperlukan pada kawasan selulit terbentuk.

Bersenam

Selulit bukan mudah untuk dihilangkan, jadi anda perlu melakukan aktiviti sihat dan menjaga pemakanan secara berterusan. Antara senaman yang anda boleh lakukan adalah seperti berjalan, berjoging, ke gim, membengkokkan lutut semasa berdiri, mengangkat kaki semasa meniarap dan lain-lain lagi.

Krim Selulit

Krim ini dikhabarkan mampu melarutkan lemak dan melembutkan kulit. Namun kebanyakkan krim selulit yang ada di pasaran mengandungi aminofilina (bahan kimia yang terdapat dalam ubat untuk merawat penyakit lelah. Sehingga kini tiada bukti kukuh yang menunjukkan keberhasilannya.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen