Kesan daripada percintaan, peningkatan kerjaya, komitmen keluarga dan anak- anak yang menuntut tekanan emosi, fikiran dan fizikal, ada wanita yang mungkin bertambah berat badan, kulit wajah bermasalah dan tidak lupa masalah rambut gugur. Semua masalah ini merisaukan tetapi rambut gugur menyebabkan anda lebih runsing kerana tampak lebih tua dan tidak bermaya.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh dicuba untuk mencegah rambut gugur. Panduan ini membantu pertumbuhan semula folikel rambut agar rambut  lebih sihat, kuat dan tidak gugur.

  • Biarkan rambut kering dengan sendiri lalu disikat menggunakan sikat yang bergigi jarang.
  • Jangan ikat rambut terlalu kuat dan ketat.
  • Potong hujung rambut yang bercabang dan rosak dengan kerap.
  • Minyak kelapa dan minyak zaitun cukup terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Untuk mengatasi masalah rambut gugur, anda perlu campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut bahagian kulit kepada secara perlahan. Tutup dengan shower cap dan biarkan untuk lebih kurang lima jam kemudian basuh rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu.
  • Kisar pisang dengan madu, dadih dan susu rendah lemak. Minuman yang kaya dengan biotin membantu mengukuhkan akar rambut.
  • Ambil suplemen pemakanan seperti Vitamin B6 dan Zink. Ini berguna apabila anda tidak mendapat khasiat dan zat yang secukupnya daripada sumber makanan semulajadi.
  • Tundukkan kepala ketika mencuci dan mengurut kulit kepala anda. Ini membantu meningkat dan melancarkan peredaran darah.
  • Selesaikan masalah yang membawa tekanan kerana ini boleh memudaratkan rambut anda.
  • Sering tukar sarung bantal yang anda gunakan kerana rambut mudah rosak akibat terdedah akan bakteria dan kuman.
  • Pastikan anda dapat tidur yang secukupnya

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen