Untuk sarapan pagi, pengambil protein semula jadi penting untuk membangkitkan tenaga sebelum bekerja. Antara protein yang boleh dimakan adalah telur. Khasiat telur bukan itu sahaja, malah kajian telah merangkumkan banyak manfaat lain telur jika diambil waktu sarapan pagi. Antaranya adalah:-

  • Pelengkap Protein – Telur memainkan peranan yang unik dalam sintesis protein otot dan isyarat insulin. Protein dalam telur sangat tinggi dan manfaatnya boleh membuatkan perut kenyang lebih lama.
  • Sumber Nutrisi – Kuning telur mengandungi nutrisi yang lebih besar berbanding telur putih. Di dalam telur juga termasuklah sumber lemak tidak tepu, protein, vitamin dan mineral.
  • Menu Sarapan Sihat – Dua biji telur sepatuh masak pada setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak merupakan sumber lemak yang sangat baik. Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain. Ini kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.
  • Membantu Pembetukan Otot – Pengambilan telur separuh masak bukan sahaja dapat membentuk otot agar kelihatan tegap, malah elok untuk mereka yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.
  • Mencegah Penyakit Jantung – Satu butir kuning telur mengandungi kira-kira 212 mg kolestol. Saranan penyelidik adalah dalam seminggu seseorang yang mengambil empat kuning telur setiap minggu berkemungkinan besar dapat mencegah penyakit jantung.
  • Boleh Menurunkan Berat Badan – Telur mengandungi asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi tenaga dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber tenaga yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda untuk kenyang lebih lama.
  • Mencegah Anemia – Kekurangan darah boleh menyebabkan anda mengalami anemia. Aanemia ini terjadi jika tubuh juga kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.
  • Mencegah Penuaan – Sumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang terdapat dalam telur sepatuh masak membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya daripada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.
  • Menguatkan Daya Ingatan – Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi/ ‘Choline’ adalah sumber yang baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori dalam otak anda.
  • Baik Untuk Mata – Kesihatan mata amat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata. Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak jauh lebih baik berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.

Sumber: maskulin.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen