Kali ini kami kongsikan resepi membuat kek span pula. Kami gunakan oren sebagai penambah dalam kek span ini. Anda boleh guna buahan lain ataupun bahan perasa yang anda suka.

Jom lihat apa bahan yang diperlukan dan bagaimana cara membuatnya.

Bahan yang digunakan:

  • 180gm gula kastor
  • 150gm tepung kek
  • ¼ cawan jus oren
  • 4 biji telur
  • 60ml air
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 15gm ovelette
  • 50gm minyak jagung
  • 2 sudu teh pewarna oren
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya: 

1. Ayak tepung kek bersama serbuk penaik.
2. Satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung dan pukul pada kelajuan perlahan.
3. Apabila kesemua bahan kelihatan sebati, pukul pada kelajuan paling laju sehingga ringan dan gebu.
4. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan kaupbalikkan dengan spatula sehingga rata.
5. Bakar selama 30-35 minit pada suhu 170⁰C.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen