Bahan-Bahan Lempeng :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kelapa parut
  • 1 biji telur
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara Membuat Lempeng Kelapa :

Satukan semua bahan. Kacau hingga rata. Tambah air jika perlu dan ketepikan seketika.
Panaskan pan tidak lekat (non-stick pan), sapukan dengan sedikit minyak masak.

Sendukkan adunan ke dalam pan dan ratakan. Masak diatas api yang sederhana.
Terbalikkan lempeng dan masak lagi hingga sedikit garing.

Bahan – Bahan Sambal :

1 cawan ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan
1/3 cawan jus asam jawa
1 1/2 cawan cili boh bersama 1 biji bawang besar dikisar bersama
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat Sambal :

Tumiskan cili dan bawang yang sudah dikisar ke dalam minyak panas.

Setelah cili garing, masukkan air asam jawa.

Setelah mendidih, masukkan ikan bilis.

Jangan lupa gula dan garam secukup rasa.

Komen dgn Fesbuk

komen