Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 4 cawan air/santan/ susu segar

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali tidak letak (non stick pan). Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Siap dan sedia untuk dihidangkan .

Bahan-bahan diperlukan untuk Rendang Daging:

  • 1kg daging – potong kecil-kecil
  • 2 peket kecil rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 50 gram santan
  • Garam
  • Gula melaka
  • Sedikit air asam jawa
  • **BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1 – 1/2 cm halia
  • 1 – 1/2 cm lengkuas
  • 15 – 20 biji cili kering
  • **BAHAN MAYANG **
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2 – 3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging sudah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging sudah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
  8. TIPS ABANG BRIAN : nak masak daging dengan pantas, gunakan periuk tekanan tinggi (pressure cooker).

Sumber : http://myresipi.com

Komen dgn Fesbuk

komen