Bahan-bahan diperlukan:

  • 600 g tepung gandum/tepung pau
  • 8 g yeast kering
  • 100 g gula pasir (dimasak bersama 1 cawan air sehingga gula larut)
  • 130 ml air
  • daun pisang (beberapa helai, dipotong empat persegi; 7cm x 7 cm)
  • Inti kacang:
  • 200 g kacang merah
  • air secukupnya ( untuk merebus kacang)
  • gula pasir (secukup rasa)
  • beberapa helai daun pandan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masak gula sehingga larut bersama secawan air.
  2. Campurkan yeast bersama air gula yang masih suam. Tunggu sehingga yeast berbuih dan kembang.
  3. Apabila yeast sudah berbuih dan kembang, masukkan tepung dan gaul. Masukkan air (130 ml) dan uli sehingga dough sebati dan lembut. Tunggu sehingga dough naik 2 kali ganda.
  4. Inti Kacang: Campur semua bahan dan masak sehingga kacang kembang dan pekat/kering. Sejukan sebelum dimasukkan kedalam dough pau. Boleh juga dimasak di dalam slow cooker.
  5.  Panaskan tempat mengukus. Ambil sedikit tepung yang telah diuli tadi dan masukkan inti kacang. Bulat-bulatkan dan alas dgn daun pisang. Tunggu sehingga pau naik sekali lagi sebelum dikukus dengan api yang besar selama lebih kurang 10 mins.

Sumber : http://myresipi.com

Komen dgn Fesbuk

komen