Perasan tak sekarang ni macam-macam perkara buruk yang berlaku hari-hari. Ada kes culik lah, kes bunuh la, kes rompak la. Jadi, amatlah penting untuk korang belajar seni mempertahankan diri, sekurang-kurangnya korang mampu melindungi diri sendiri bila masa kecemasan kan?

Nah, ni senarai beberapa seni mempertahankan diri yang boleh dipelajari!

 1.Krav Maga

Untuk pengetahuan korang, Krav Maga sememangnya direka untuk membolehkan orang awam, terutamanya kaum wanita untuk mempertahankan diri mereka ketika waktu kecemasan. Krav Maga juga tidak menggalakan kekerasan dan keganasan dalam gerak langkahnya. Jadi, ianya lebih mudah dipelajari!

2. Keysi Fighting Method

Keysi Fighting Method atau nama ringkasnya KFM direka untuk beraksi ketika mempertahankan diri. Oh ya, kalau korang nak tahu seni KFM juga diaplikasi dalam siri Batman dan juga filem Jack Reacher. Kiranya korang memang tahap bintang lah bila selalu praktis KFM ni!

3. Silat

Rasanya ramai orang Melayu yang memang dah ada ilmu persilatan ni kan. Malah, silat ni juga ada banyak jenis, silat gayong, silat harimau, silat lincah, silat langkah simba dan macam-macam lagilah. Bergantung kepada anda nak belajar yang mana. Tapi, pastikan niat tu kena betul, jangan sebab nak belasah orang saja.

4. Aikido

Berasal dari Jepun, Aikido adalah seni mempertahankan diri yang menggunakan teknik ‘kunci’, ‘pegang’ dan ‘campak’ untuk mematahkan serangan lawan. Sebenarnya, teknik ni selalu digunapakai oleh Bruce Lee dalam sesetengah lakonannya!

5. Muay Thai

Seni mempertahankan diri yang terkenal di Thailand dan negara-negara asia ini banyak persamaannya dengan seni pradal serey di Kemboja, lethwei di Myanmar, tomoi di Malaysia dan juga seni tinju. Ianya banyak menggunakan gerak tangan dan pergerakanknya pun memang agak mudah untuk anda praktis.

 

Sumber : ohbulan.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen