“Bosannya nak makan lauk yang sama setiap hari…”

Kalau anda bosan dan tak tahu nak pilih menu untuk makanan tengahari atau malam, apa kata anda cuba pula menu kerabu. Banyak sebenarnya cara untuk kita pelbagaikan kerabu mengikut kegemaran kita sendiri! Oleh itu, kami senaraikan 5 jenis resipi kerabu untuk anda yang nak ubah selera dan juga mahu mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

Kerabu Suun dan Sotong 

Bahan-bahan diperlukan:

  • 50 g suun
  • 300 g sotong sederhana besar
  • 10 tangkai daun kesum (Dihiris)
  • 3 biji cili api (Dihiris)
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 biji ciji hijau (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 kuntum bunga kantan (Dihiris)
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 1 sudu makan sos ikan
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendamkan suun sehingga lembut. Celur dengan air panas mendidih dan tuskan kering.
  2. Buangkan kulit sotong dan bersihkan. Basuh dan potong bulat.
  3. Masukkan sotong ke dalam kuali dan masak selama 4-5 minit. Tuskan.
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  5. Sedia dihidangkan.

Kerabu Bunga Kantan Wangi

  1. Bahan-bahan diperlukan:

    • 4 kuntum bunga kantan
    • 3 sudu makan udang kering
    • 1 labu bawang besar (Dihiris)
    • 3 biji cili merah (Dihiris)
    • 3 biji cili hijau (Dihiris)
    • 5 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
    • 1 sudu teh gula
    • Garam secukup rasa

    Cara menyediakan dan memasak:

    1. Hiris bunga kantan halus-halus.
    2. Basuh udang kering dan tumbuk halus.
    3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan tambahkan perahan limau kesturi, gula dan garam.
    4. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

    Kerabu Pucuk Ubi 

    Bahan-bahan diperlukan:

    • 1 ikat pucuk ubi
    • 1 cawan kelapa muda (Diparut)
    • 1 labu bawang besar (Dihiris)
    • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
    • 4 biji cili merah (Dihiris)
    • 1 sudu makan minyak masak
    • 1 inci cekur
    • 5 biji cili api
    • 4 biji bawang merah
    • 2 sudu makan ikan bilis
    • (Cekur, cili api, bawang merah dan ikan bilis ditumbuk bersama)
    • Garam secukup rasa

    Cara menyediakan dan memasak:

    1. Asingkan daun pucuk ubi daripada tangkainya. Rebuskan dengan air yang bercampur minyak masak dan sedikit garam.
    2. Apabila lembut, tuskan. Kemudian hiriskan.
    3. Goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga sedikit kering dan kekuningan. Kemudian tumbuk kasar.
    4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
    5. Sedia dihidangkan.

    Kerabu Daging 

    Bahan-bahan diperlukan:

    • 500 g daging batang pinang
    • 2 inci halia (Diketuk)
    • 1 batang serai (Diketuk)
    • 1 sudu makan lada hitam
    • 7 biji cili merah (Dihiris)
    • 1 labu bawang besar (Dihiris)
    • 3 batang serai (Dihiris)
    • 2 pokok daun ketumbar (Dihiris)
    • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
    • 1 sudu teh gula
    • Garam secukup rasa

    Cara menyediakan dan memasak:

    1. Basuh daging dan rebus dengan halia, serai, lada hitam, dan
      sedikit garam sehingga lembut dan kering air rebusan. Kemudian
      sejukkan.
    2. Hiris daging nipis dan kecil.
    3. Gaul rata semua bahan yang dihiris dan daging bersama perahan limau, gula dan garam.
    4. Rasakan masam dan manisnya.
    5. Sedia dihidangkan.

    Kerabu Ikan Kembung

    Bahan-bahan diperlukan:

    • 2 ekor ikan kembung
    • 1 biji mangga muda
    • 2 biji bawang merah
    • 1 sudu makan lada hitam
    • (Bawang merah dan lada hitam ditumbuk kasar bersama)
    • ¼ cawan kacang tanah (Digoreng dan ditumbuk kasar)
    • 1 pokok daun ketumbar (Dihiris kasar)
    • 1 labu bawang besar (Dihiris)
    • 3 biji cili merah (Dihiris)
    • 2 sudu makan sos ikan

    Cara menyediakan dan memasak:

    1. Bakar ikan kembung sehingga masak.
    2. Asingkan isi ikan daripada tulangnya dan masukkan ke dalam mangkuk. Hancurkan sedikit.
    3. Kupaskan kulit mangga muda dan cencang kasar.
    4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yang berisi isi ikan tadi.
    5. Gaul sehingga sebati dan sedia dihidangkan.

Sumber : http://myresipi.com

Komen dgn Fesbuk

komen