Bukan semua orang suka ke pasar membeli ikan dan barangan segar lain di pasar. Selain tidak sukakan baunya yang kurang menyenangkan, ada juga daripada kita yang tidak suka bersesak-sesak dengan ramai orang di pasar. Malah keadaan pasar yang agak kotor menambah lagi rasa tidak selesa.

Di sebabkan itulah ramai daripada kita yang tidak dapat membezakan sotong segar yang dijual dipasar. Membeli ikan di pasaraya atau kedai runcit sememangnya tidak sama kesegarannya seperti yang terjual di pasar.

Bagaimana mengenal sotong yang segar? Keluarga berkongsi tip terbaik untuk anda. Pastikan hanya yang terbaik dan segar sahaja yang diberikan untuk anak-anak anda.

 

Elak Sotong Merah

Sotong memang kelihatan sama sahaja kerana fizikalnya yang sebegitu. Untuk mengenal sotong yang segar mudah sahaja. Apa yang perlu anda tahu, sotong mempunyai dua warna iaitu berwarna kemerah-merahan dan putih bersih. Sotong secara asasnya berwarna jernih. Sebaik diangkat daripada lautan, ia tidak berwarna dan putih jernih seperti kaca.

Apabila diangkat ke darat, sotong akan bertukar warna keputih-putihan dan apabila mati ia akan bertukar warna putih bersih. Apabila telah lama, kulit sotong akan meninggalkan bintik-bintik kelabu keunguan. Namun masih dikira segar. Apabila telah lama mati, sotong akan bertukar menjadi warna merah yang lebih pekat. Apabila kulitnya sudah tertanggal daripada badannya, itu bermakna sotong tersebut telah lama mati dan sudah tidak lagi segar.

Jadi sebaiknya elakkanlah sotong berwarna merah mahupun sudah mula tertanggal kulit daripada badannya. Ia bukan hanya sotong yang telah lama dan tidak segar, malah kurang enak rasanya apabila di masak. Anda perlu lebih bijak.

Pemilihan sotong yang segar akan mempengaruhi kualiti masakan anda.

Sumber : http://keluarga.karangkraf.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen