Sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet (UV) yang melampau atau berlebihan yang mana badan tidak dapat lagi membantu mengawal pigmen pelindung kulit iaitu melanin.

Cahaya matahari memancarkan cahaya dengan gelombang-gelombang tertentu terutamanya pada sekitar pukul 10 pagi hingga 5 petang yang membahayakan iaitu sinaran ultraviolet (UV).

Gelombang ini memberikan kesan yang tidak bagus untuk kulit dan membakar kulit. Keadaan yang terlampau ini boleh menyebabkan keradangan atau inflamasi kulit. Kulit yang kerap terdedah ini bukan sahaja akan menggelapkan kulit bahkan menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua.

6 CARA MUDAH ELAK SUNBURN
1. Menggunakan krim atau losyen yang mempunyai formula penghadang matahari sekurang-kurangnya UV25-50 untuk perlindungan yang maksimum.
2, Jika sering memandu ketika waktu panas, gunakan sarung tangan sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan nampak lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul.
3. Penggunaan pakaian dari kain woven adalah yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar dan elakkkan pakaian bewarna gelap.
4. Jika terlalu panas contohnya berjalan-jalan di tepi pantai, pakailah  topi atau payung.
5. Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah katarak.
6. Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit .

 

Sumber : http://rapi.karangkraf.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen