1. Makaroni Keju Panggang

Bahan-bahan:
300 gm makaroni | direbus dalam air
dengan sedikit garam hingga lembut
375 gm keju | diparut
250 krim putar
250 ml susu segar
5 keping daging panggang | dicincang halus
3 sudu makan keju parmesan | diparut
Sedikit serbuk buah pala
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Cara memasak:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 400ºF atau 180ºC.
2. Campurkan setengah cawan keju, krim putar, susu segar, daging panggang, keju parmesan dan serbuk buah pala di dalam satu mangkuk. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi berserta dengan garam dan serbuk lada sulah dan sebatikan.
4. Tuangkan ke dalam dulang pembakar. Taburkan lebihan keju tadi dan dibakar selama 20 minit hingga kekuningan di atasnya. Tabur keju parmesan.

2. Sup Makaroni

Bahan-bahan
250 gm makaroni (direbus)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 sudu teh herba campur
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
200 gm sayur campur(carot, jagung n kacang pes)
100 gm isi udang@isi ayam ( saya tak letak)
2 sudu teh tepung jagung( utk pekatkan kuah)

Cara-cara
Makaroni di rebus dahulu & toskan
Tumis bawang merah n putih sehingga naik bau, kmudian masukan sos cili, tomato, sos tiram
Bila dah garing masukan air dan masak smpai mendidih
Kemudian masukan herba campur, isi ayam @ udang dan sayur campur
Tepung jagung di campur dgn sedikit air dan dikacau sebati, pas tu masukan ke dlm sup tadi utk pekatkan nya
Akhir skali masukan makaroni ke dlm sup tadi dan boleh tutup api
Siap untuk dihidangkan

3. Salad Makaroni

Bahan-bahan

1 paket Macaroni
1 tin buah-buahan cocktail (ditoskan, ambil buahnya saja)
1 bekas nata de coco (toskan, ambil nata de coco nya saja )
1/2 tin susu sejat
sedikit susu pekat manis ( ikut citarasa)
5 keping keju slice– dicarik-carik
5 tbsp mayonaise
Kismis
Boleh jugak tambah buah anggur atau apa jenis buah mengikut citarasa anda.

Cara-cara
1- Rebus macaroni dengan ditambah sedikit minyak dan garam. Biarkan masak dan toskan.
2- Gaulkan macaroni dengan semua bahan-bahan lain. Gaul rata.
3- Simpan dalam peti ais. Lebih sedap dimakan sejuk.

4. Makaroni Goreng Creamy

Bahan-bahan
1 paket makaroni
250 gm butter
0.5 gram– 1 kg udang (buang kulit)
1 paket sosej (potong bulat2 kecil)
1 botol Sos tradisional Prego
1 tin cendawan butang (potong kecil-kecil)
1 tin sos cendawan
1 kiub ayam
2 labu bawang besar (dimayang)
4 biji bawang putih (dimayang halus)
1 cawan air (boleh tambah kalau pekat sangat)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak zaiton

 Cara-cara
Rebus makaroni bersama sedikit minyak zaiton hingga masak. Toskan dalam bakul tos.
Goreng sosej hingga masak dan ketepikan.
Panaskan separuh butter dalam kuali. Tumiskan bawang2 yang dimayang tadi bersama kiub ayam hingga keperangan.
Masukkan sos prego + sup cendawan + air. Kacau sebati biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang dan gaul sebati. Biar hingga masak dan agak pekat.
Masukkan makaroni dan sosej, gaul sebati dan padamkan api.(jangan gaul terlalu lama nanti makaroni hancur)
Sedia dihidang. Enak dimakan dengan sos. Sesuai untuk dihidang pada kanak2 juga.
Nota: Boleh juga ditambah daging/ayam dan sayuran. Juga boleh masukkan cili boh dalam tumisan tadi jika sukakan pedas.

5. Makaroni Bakar

Bahan-bahan:
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega

Bahan inti
500 g daging cincang / ayam cincang
30 gm mentega
2 biji bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu besar rempah kari daging (ikut citarasa)
½ sudu kecil mix herbs
2 biji tomato buang biji, potong dadu
Sedikit daun saderi – potong halus
2 biji capsicum merah /hijau – potong dadu
2 putih telur (saiz A)
500 ml sos putih – ada kat belakang cara nak buatnya
125 g keju cheddar } diparut

Cara-cara
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega

Cara : Masukkan 1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.

Bakar didlm oven pd suhu 180’C selama 30 min atau sehingga keju keperangan

Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan

Sos Putih
30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada sulah

Cara membuat sos putih
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan

 

6. Bubur Makaroni

Bahan-bahan
1 1/2 cawan gula
1000ml santan cair
1 cawan santan pekat
1 tin jagung krim
1 peket kecil macaroni

Cara-cara
1. Rebus makaroni hingga kembang. Ketepikan.
2. Rebus sagu yang telah direndam terlebih dahulu.
3. Masukkan santan cair, jagung krim dan gula ke dalam periuk dan letak atas api hingga mendidih.
4. Masukkan macaroni dan santan pekat dan didihkan seketika.

 

Sumber : www.thevocket.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen