1. Jangan mencuci buah-buahan sebelum menyimpannya

Mungkin cara ini bunyi macam aneh, tapi cara ini lebih baik untuk menjaga kesegaran buah. Sebaiknya, jangan mencuci buah dan sayur sebelum menyimpannya dalam peti ais. Jika sedikit kotor, cukup sekadar mengelapnya dengan tisu atau kain kering. Mencuci buah-buahan dapat menghilangkan perlindungan semulajadi pada buah tersebut.

2. Simpan buah-buahan dalam keadaan kering

Kelembapan dapat menjadikan buah-buahan menjadi terlalu berair. Cara yang mudah untuk menjaga buah-buahan agar tetap kering adalah dengan meletakkan kertas atau kertas tisu dalam bekas penyimpanan makanan. Kertas tersebut akan menyerap kelembapan dan mencegah kebusukan.

3. Jangan menggabungkan buah dan sayur di tempat yang sama dalam peti ais

Lada benggala, timun dan tomata mestilah disimpan dalam suhu bilik. Lada benggala akan kehilangan teksturnya yang segar jika disimpan dalam peti ais. Selain itu, timun dan tomato mudah berlendir. Adalah lebih baik jika tidak menyimpan buah-buahan yang sudah masak terlalu lama di dalam peti ais kerana ini hanya akan menjadikan buah-buahan mudah membusuk.

4. Simpan buah-buahan yang sudah dikupas dalam bekas bertutup

Jiaka anda ingin menyimpan buah-buahan yang sudah dipotong, cuba simpannya ke dalam bekas bertutup dengan diisi dengan sedikit air. Lalu disimpannya di dalam peti ais anda.

5. Simpan buah epal bersama kentang

Simpan buah apel di tempat yang sama dengan kentang agar kedua buah dan sayur tersebut tetap segar lebih lama.

 

Sumber : http://lifestyle.liputan6.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen