Sembelit dalam kalangan kanak-kanak boleh dikatakan menjadi kebiasaan. Namun, ibubapa pula jangan mengambil remeh tentang perkara ini dan menganggap tiada apa akan berlaku. Untuk pengetahuan anda, kadang-kadang sembelit ini akan menjadikan pembuangan najis yang berdarah dalam kalangan anak-anak. Bahaya tau kalau asyik buang najis berdarah saja kerana dikhuatiri bahagian dubur terluka.

SEMBELIT DAN KEBURUKANNYA

 TAHU TAK, SEMBELIT TU BERPUNCA DARI APA?

1) Terlalu banyak atau kerap consume karbohidrat contohnya NASI, GANDUM, KENTANG, etc

2) Kurang minum air

3) Kurang atau tiada pengambilan serat dalam diet harian contohnya sayur hijau

4) Susu formula

5) Perut kembung A.K.A angin

Nampak macam simple je punca sembelit ni kan? Tapi dia punya kesan sangat menakutkan! Jom tengok pulak apa kesan buruk jika sembelit berpanjangan.

KESAN BURUK SEMBELIT BERPANJANGAN

A) PENDARAHAN DAN DUBUR LUKA

B) JANGKITAN DI PUNDI KENCING

– Najis yang keras akan menekan saluran kencing dan akan menyebabkan gangguang pada pengeluaran air kencing.

C) PENYAKIT SARAF

– Tanda tanda anak ada penyakit saraf atau masalah tulang belakang adalah apabila kerap sembelit. Segera berjumpa pakar ye mommies!

 

Sumber : https://siraplimau.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen