Korang tahu tak sebenarnya timun ni banyak kebaikan yang ramai orang tak tahu! Bukan setakat baik untuk mata je tau tapi dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.

Senang cerita korang tak payah nak bazir duit beli produk kecantikkan yang harga melambung-lambung. Amalkan je guna timun ni! Jom kita usha antara kebaikan timun untuk kecantikkan.

  • Untuk cepat kurus

Timun sangat bagus untuk turunkan berat badan sebab kandungan kalorinya yang rendah. Rendah bukan sebarang rendah tau! Kandungan air dalam timun tu sangat tinggi weh! Siapa yang ada masalah sembelit tu, boleh lah amalkan makan timun ni.

  • Rambut

Timun sangat membantu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat sebab dalam timun tu sangat kaya dengan silikon dan sulfur.

  • Gusi dan Gigi

Yang ada masalah gigi dan gusi tu, bak mai minum jus timun sebab timun mempunyai sumber serat yang sangat baik.

  • Mata

Kalau mata korang senang letih dan bengkak, apa kata korang cuba tekapkan timun yang dah dipotong atas mata korang. Kalau korang nak tahu, timun mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak dekat mata tu.

  • Sistem penghadaman

Jus timun segar juga sangat membantu untuk kurangkan masalah ulser keasidan, pedih ulu hati, gastrik dan toksin dari sistem penghadaman.

  • Mencantikan kulit 

Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu macam magnesium, kalium dan silika dapat mencantikan kulit. Bukan tu je, timun ni juga boleh dijadikan masker mengatasi masalah ketegangan kulit.

Sumber : http://www.suria.my dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen