Makanan Penyebab Kanser-Tidak banyak kita boleh buat untuk mengubah genetik jika pernah ahli keluarga kita penghidap kanser, Juga, tidak banyak kita boleh ubah dengan tangan kita sendiri tentang udara yang sudah banyak tercemar dengan bahan kimia berbahaya yang boleh menjadi penyebab kepada kanser. Tetapi, kita masih ada pilihan dengan mengubah cara pemakanan harian kita untuk mengurangkan risiko terkena penyakit kanser. Sedar atau tidak, betapa banyak makanan harian kita merupakan penyebab kepada kanser.

Laporan terbaru daripada World Cancer Research dan American Institute of Cancer Research selepas penelitian terhadap 4500 kajian, merumuskan yang kita boleh mengurangkan risiko kanser dengan hanya mengubah apa yang kita makan dan berapa banyak kita bersenam. Jadi, strategi pertama untuk mengurangkan pesakit kanser ialah dengan membuang makanan seharian yang boleh mengudang kepada pembentukan kanser sel, dan mengambil makanan yang kaya dengan antioksida untuk membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA.

1. Kulit Ayam

Kebanyakan kulit ayam yang kita makan disuntik dengan growth hormon atau antibiotik supaya ayam itu dapat membesar sihat dan cepat. Hormon itu biasanya disuntik pada bahagian kulit. Carilah ayam organik yang tidak disuntik dengan sebarang hormon, tetapi harganya agak mahal. Jika masih mahu makan ayam, usahakan untuk tidak memakan bahagian kulit ayam!

2. Produk Tenusu Tinggi Lemak

Produk tenusu tinggi lemak yang dihasilkan daripada lembu kebanyakannya diberikan bovine growth hormones yang mana hormon ini dapat merangsang pembentukan kanser payudara.

3. Makanan Yang Dibakar Dalam Suhu Yang Tinggi

Makanan yang dibakar seperti BBQ, panggang, atau digoreng pada suhu tinggi hingga menghasilkan warna kehitaman pada makanan. Ikan atau daging yang dibakar atau deep fried dalam suhu yang tinggi, akan menghasilkan carcinogenic substances atau dipanggil HCAs yang merangsang pembentukan kanser sel. Bakar menggunakan oven atau baking menghasilkan sedikit HCAs. Kaedah stim, rebus, microwaves tidak menghasilkan HCAs.

4. Makan Organ Haiwan

Organ seperti hati, paru, otak dan buah pinggang haiwan tidak elok untuk dimakan. Pada organ itulah segala toksin dikumpulkan.

5. Daging Yang Diproses

Apa sahaja daging haiwan yang telah diproses adalah tidak sihat untuk dimakan. Daging yang diproses selalunya mengandungi preservatives untuk mengekalkan kualiti, kesedapan dan jangka umur makanan. Dalam tempoh yang lama makan makanan yang diproses, ia menyumbang kepada kanser,

6. Kurangkan Pengambilan Red Meat

Limitkan pengambilan Red Meat kepada 80gm sehari sahaja. Jika boleh elakkan untuk ambil terus, itu lebih baik!

7. Elakkan Ambil Makanan Berlemak

Makanan kaya lemak seperti daging dan produk tenusu merangsang pertubuhan kanser sel untuk membesar dan tersebar dengan mengurangkan keupayaan immun sistem untuk untuk membunuh sel kanser. Lemak berlebihan akan meningkatkan hormon estrogen dalam darah yang mana boleh meningkatkan pertumbuhan tumour dan membolehkan kanser sel untuk memasuki tisu dengan mudah. Makanan berlemak juga boleh membawa kepada obesity, yang mana ia berkait rapat dengan peningkatan kandungan hormon estrogen dalam darah.

8. Jangan Makan Makanan Yang Telah Ditumbuhi Fungus

Kurangkan pendedahan kepada aflatoxins yang mana ia merupakan fungus yang tumbuh secara semulajadi apabila penyimpanan makanan yang tidak rapi . Penyimpanan kacang, gandum dan bijian yang tidak baik menyebabkan penghasilan potent carcinogen yang boleh mengundang kanser. Jadi, simpanlah makanan yang cepat rosak sebaiknya untuk mengurangkan risiko daripada tercemar dengan fungus.

9. Elak Makanan Yang Diawet

Elak makanan yang masin, yang diasapkan, dan makanan yang telah dicampur nitrite. Sebagai contoh, jeruk, ikan masin, cincaluk, salted fruits, belacan, dan apa sahaja makanan dalam tin yang mengandungi colouring dan preservatives.

10. Kurangkan Pengambilan Sodium

Kurangkan pengambilan sodium seperti garam, MSG (monosadium glutamate). soya saiuce, minyak dan lemak yang hydrogenated seperti minyak masak dan margarine.

11. Kurangkan Pengambilan Makanan Mengandungi Trans Fatty Acid.

Antara contoh makanan mengandungi trans Fatty Acid ialah marjerin yang mengandungi banyak dalam kek, Euramic study menunjukkan transfatty acid bersangkutan dengan breast cancer dalam wanita post-menopause.

12. Elakkan Makanan Manis

Makanan kanser sel ialah gula. Kehadiran gula dalam darah akan mencepatkan lagi pertumbuhan tumour.

13. Guna Minyak Yang Unrefined

Pilihlah minyak yang unrefined seperti cold pressed virgin oil atau flaxseed oil. Jangan guna untuk menggoreng. Minyak boleh dicampur dengan sayur atau jus buah, sup panas atau sayur yang distim, protein shakes, masakan kacang, masakan kow fat fish atau daging.

 

Sumber : http://www.vitamindocket.com/ dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen