Memang tak dapat dinafikan bahawa mandikan bayi memang sukar terutama untuk para ibu yang kali pertama menimang cahaya mata. Memang sukar untuk pegang badan bayi yang masih lembik dan fragile tu, betul tak? Bayi akan mula menangis bila mereka rasa air yang terkena badan mereka. Jangan panik, ikuti langkah yang admin nak share ni. Semoga dapat membantu!

1. SEDIAKAN PERALATAN MANDI YANG SESUAI

Sebelum bawa bayi ke bilik mandi, pastikan anda sudah sediakan semua peralatan dan keperluan untuk mandian mereka seperti besen kecil atau tab mandi bayi, sabun, span atau kain lembut untuk membersihkan muka dan badan mereka.

2. RUANGAN MANDI YANG SELAMAT UNTUK BAYI – TIDAK TERLALU SEMPIT

Pastikan ruangan mandi luas dan selamat untuk anda ketika mandikan bayi. Pastikan para ibu juga duduk dalam keadaan yang selesa di atas bangku, terutama yang masih berpantang. Boleh juga lapik alas getah untuk mengelakkan anda tergelincir semasa mendukung bayi setelah selesai mandi. Hati-hati ya!

3. GUNAKAN KAIN ATAU SPAN LEMBUT UNTUK MEMBERSIHKAN MUKA BAYI

Bayi selalunya akan mulai menangis apabila disentuh di bahagian muka menggunakan air. Mereka sangat sensitif sebenarnya. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah gunakan kain atau span yang lembut untuk membersihkan muka mereka. InsyaAllah mereka tak akan menangis. Cuba dulu ya!

4. CARA MENDUKUNG – SATU TANGAN DI LEHER DAN KEPALA BAYI UNTUK SUPPORT

Memandikan bayi pun ada cara yang tersendiri tau. Contohnya, anda perlu gunakan satu tangan untuk support leher dan kepalanya, satu tangan lagi untuk membersihkan anggota badan. Lepas bersihkan muka dan kepala, boleh teruskan menggosok dengan lembut bahagian atas badan hingga ke bawah dan dari depan ke belakang.

5. SUHU AIR YANG SESUAI – TAK TERLALU SEJUK, TAK TERLALU PANAS

Suhu yang paling sesuai untuk mandikan bayi adalah sekitar 37o. Pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas ya.

6. MENGGUNAKAN SABUN MANDI YANG SESUAI UNTUK KULIT BAYI ANDA YANG MASIH FRAGILE DAN HALUS

Ini salah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu bapa terutama apabila bayi yang mempunyai kulit yang halus. Pemilihan sabun mandi untuk bayi juga sangat penting tau. Kalau boleh pilih yang tidak terlalu banyak buih supaya tidak termasuk dalam mata bayi.

Sumber : https://siraplimau.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen