Cuti hujung minggu ini agak istimewa kerana cuti ekstra satu hari sempena Hari Buruh. Inilah masa paling sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan setelah masing-masing sibuk dengan aktiviti rutin harian.

Sebagai ibu bapa adakalanya buntu idea dengan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak ketika punya cuti ekstra ini. Asyik melakukan aktiviti yang sama, berehat di rumah mahupun ke pusat membeli belah jemu juga. Berikut kami senaraikan antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak, mereka pasti lebih seronok dan teruja.

1.Melancong

Bagi mereka yang berkemampuan dan ada bajet lebih, inilah masa terbaik untuk pergi melancong. Lakukan perancangan awal. Tidak semestinya perlu ke destinasi yang jauh, percutian pendek ke destinasi pelancongan yang berdekatan juga sudah mampu menggembirakan anak-anak dan merupakan antara aktiviti yang amat dinanti dan disukai oleh mereka.

2.Lawatan Ke Tempat Menarik

Penuhi cuti hujung minggu dengan melawat tempat yang memberi ilmu sambil dapat berseronok, seperti Petrosains, Planetarium, Kidzania, Muzium Negara, Zoo Negara,Aquaria, Muzium Negara, Putrajaya, Bangunan-bangunan mercu tanda dan sebagainya.Ibu bapa dan anak-anak pasti akan merasai keseronokan yang tersendiri disamping mengeratkan hubungan.

3.Melawat Saudara Mara/ Balik kampung

Aktiviti ini amat wajar dilakukan di zaman ini.Inilah masanya selain di Hari Raya untuk kita membawa anak-anak mengenali serta mengeratkan silaturahim sesama saudara mara yang dekat mahupun jauh ataupun sekadar balik kampung untuk bertemu atuk dan nenek. Semoga ikatan kekeluargaan kekal terjalin.

4.Berkebun

Ketika di rumah, boleh juga lakukan aktiviti berkebun atau bercucuk tanam bersama anak-anak. Inilah masa untuk mencantikkan halaman dengan pokok bunga-bungaan dan sayur-sayuran.Tanamkanlah rasa cinta anak-anak kepada alam sekitar. Besar manfaatnya andai berbudi kepada tanah!

5.Hobi Dan Minat

Jika anak-anak punya hobi atau minat tertentu, ibu bapa boleh memainkan peranan memberi galakan dan, bantuan agar ia lebih berkembang. Lakukan bersama mereka atau dapatkan bantuan jurulatih.

Aktiviti seperti memasak, menjahit, membuat kraf, bertukang, mengaji, menghafaz al-quran, melukis berenang dan sebagainya bukan sahaja hobi yang sia-sia kerana bakat yang terpendam ini mungkin akan membantu mereka untuk menjadi insan yang berjaya dalam bidangnya di masa hadapan.

6.Bantu Kerja Rumah

Pada waktu cuti ajak dan ajar anak-anak melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama, seperti menyapu lantai, mengemas rumas, membasuh baju dan sebagainya. Ia juga merupakan latihan kendiri dan latihan kemahiran hidup buat mereka.Tidak lah kekok apabila sudah besar nanti.

7.Tanamkan Minat Membaca

Membaca jambatan ilmu. Jangan lokek untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak.Tanamkan minat membaca setiap hari, namun pada cuti panjang ini boleh bawa anak-anak, luangkan masa ke perpustakaan.Disana,terdapat pelbagai bahan bacaan menarik, persekitaran juga lebih tenang dan menyeronokkan.

8.Aktiviti Sihat

Luangkan masa bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti yang mampu mengeluarkan peluh serta menjaga kesihatan seperti berjogging, mendaki bukit,mengayuh basikal,melakukan senaman dan sebagainya.Pasti lebih seronok.

Sumber : http://keluarga.karangkraf.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen