INI CARA SIMPAN DAUN SUP, LENGKUAS, SERAI & CILI AGAR TAHAN LEBIH LAMA

Ini tips yang simple saja dari saya, seorang surirumah. Walaupun mudah, cara penyimpanan ini amat berkesan untuk menyimpan bahan dapur bagi tempoh masa lama.

Kesemua bahan masakan ini adalah antara bahan wajib yang mesti ada di dapur – tapi biasanya kita guna sedikit saja setiap kali masak.

1. DAUN SUP

Pokok daun sup perlu disimpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais.

Caranya, potong 2 botol minuman. Masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.

Pokok yang disimpan dengan kaedah ni dapat bertahan lebih dari sebulan. Tumbuhan kalau ada akar seperti daun kesum juga boleh disimpan dengan kaedah ini.

cara simpan daun

Cara menyimpan daun sup agar tahan lama.

2. LENGKUAS & SERAI

Simpankan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut. Tutupkan botol dengan kedap. Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.

Perlu disimpan dalam peti ais dan ia mampu bertahan berbulan lamanya!

Selain lengkuas dan serai, ramai juga yang menggunakan cara ini untuk menyimpan kunyit supaya kekal segar.

Cara menyimpan serai yang betul.

Ini pula lengkuas.

3. CILI API & LADA MERAH

Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan untuk mengelakkan tangkai menjadi lembik, sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.

Simpankan dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar. Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk mengelap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang. Salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.

Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lebih lama.

cara simpan daun

Buangkan tangkai cili supaya tahan lebih lama.

SENANG, SEGAR & JIMAT!

Wah, memang praktikal sangat cara simpan daun sup, serai, lengkuas, dan cili. Tak susah pun sebenarnya. Semua bahan yang diperlukan mesti ada di rumah. Bolehlah buat bila nak stokkan bahan-bahan memasak nanti.

Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.

Selamat mencuba!

 

Sumber : https://siraplimau.com dan google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen