Minyak serai (lemongrass) sering digunakan sebagai aromaterapi untuk meredakan Sakit otot, membunuh bakteria, menghalau serangga, dan mengurangkan sakit badan, serta secara dalaman membantu sistem pencernaan.

Serai juga dapat digunakan untuk penyedap teh dan sup, serta menambah aroma untuk kosmetik, sabun, dan pengharum buatan sendiri.

Serai (lemongrass) adalah tumbuhan yang termasuk dalam keluarga rumput Poaceae.

Minyak serai (lemongrass oil) memiliki bau ringan dan segar seperti lemon dan dipercayai boleh mendatangkan ketenangan dan keseimbangan dalam badan

Manfaat Lemongrass Essential Oil

Minyak esensial serai (lemongrass essential oil) merupakan sumber vitamin penting seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, folat dan vitamin C.

Minyak ini juga menyediakan mineral penting seperti magnesium, fosfor, mangan, tembaga, kalium, kalsium, seng dan besi.

Beberapa manfaat minyak esensial sireh yang paling utama diantaranya:

  • Meredakan sakit kepala
  • Mengurangkan sakit perut
  • Meredakan perut dan kekejangan otot
  • Membunuh kuman
  • Mengurangkan demam
  • Meningkatkan tenaga
  • Memudahkan saluran pencernaan berfungsi

Penggunaan Lemongrass Essential Oil

1. Deodorant Semulajadi

Gunakan minyak serai (lemongrass oil) sebagai penyegar udara alami yang aman.

Anda dapat menambahkan minyak serai ke dalam air dan menyemburkan pada badan.

Dengan menambahkan minyak esensial lainnya, seperti lavender atau peppermint, anda dapat menyesuaikan aroma dari sumber semulajadi untuk diri sendiri.

2. Kesihatan Kulit

Satu manfaat utama minyak esensial serai (lemongrass essential oil) adalah sifat penyembuhan pada kulit.

Tambahkan minyak serai untuk shampo, kondisioner, deodoran, sabun, dan lotion.

Minyak serai (lemongrass oil) adalah pembersih (cleanser) yang efektif untuk semua jenis kulit.

Sifat antiseptik  dalam minyak serai sempurna untuk membuat kulit bersinar.

 

3. Kesihatan Rambut

Minyak serai (lemongrass oil) dapat memperkuat folikel rambut.

Anda mengalami rambut gugur  atau kulit kepala gatal sehingga luka, titiskan minyak serai ke kulit kepala selama dua minit, lalu bilas.

Sifat menenangkan dan membunuh bakteri akan membuat rambut anda berkilat, segar, dan bebas bau.

4. Penghalau Serangga Secara Semulajadi 

Serai mengandungi citrus dan geraniol yang tinggi, minyak serai sangat sesuai untu menghalau serangga seperti nyamuk dan semut.

Jika anda ingin menjalankan aktiviti dalam hutan seperti berkhemah, jangan lupa sapukan minyak serai pada kulit anda untuk mengelakkan gigitan nyamuk.

 

5. Mengurangkan Stress dan Membantu Tidur Lebih Nyenyak

Bau ringan dan menenangkan minyak serai (lemongrass oil) mampu mengurangkan stress dan insomnia (penghidap tidak boleh tidur malam).

Dipercayai bauan yang terhasil dari serai ini mampu menjadikan tidur anda lebih tenang.

Untuk menghilangkan stress, campurkan beberapa titis minyak serai ini bersama lotion badan dan disapukan pada badan anda.

Sumber : https://www.atsirich.com

 

Komen dgn Fesbuk

komen