Kebanyakan ahli ilmuan Islam termasuklah badan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berpendapat bahawa hukum mengambil pil perancang adalah harus dengan syarat mendapat kebenaran suami.

Memetik ungkapan daripada sebuah akhbar tempatanDr Harlina Siraj mengatakan bahawa Islam tidak mengharamkan kaedah pencegahan kehamilan yang tidak kekal. Antaranya termasuklah pil perancang, suntikan, atau penggunaan kondom. Menurutnya, ia hanya berfungsi melewatkan kehadiran zuriat agar pasangan lebih bersedia dan ia bukanlah bersifat kekal.

Sebagai tambahan, ada pendapat menganggap ianya tidak dibenarkan sekiranya kita melihat kelahiran bayi sebagai sesuatu yang menyempitkan rezeki kita. Pengambilannya juga tidak boleh diteruskan jika memudaratkan diri atau rumahtangga.

Sumber : https://siraplimau.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen