Antara kelas pemakanan penting dalam nutrisi harian yang seimbang adalah vitamin. Vitamin sangat perlu dalam mengekalkan keseimbangan fungsi fisologi tubuh badan.

Bermula pada awal kurun ke-20, vitamin dilihat sebagai satu revolusi ikonic yang menghubungkan antara dua elemen iaitu, diet dan kesihatan.

Revolusi vitamin ini mengambil kira dua aspek utama,
1. diet seimbang adalah sumber kepada kelangsungan fungsi tubuh badan
2. Pengambilan spesifik nutrient yang rendah boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Maka, revolusi ini menyebabkan masyarakat sedar bahawa keperluan vitamin sangat penting untuk menjaga kesihatan hinggakan ramai yang mengambil secara berlebihan.

Kesan Toksik Pengambilan Vitamin Secara Berlebihan.

Kesan toksik akan berlaku sekiranya pengguna tidak berhati-hati dengan pengambilan vitamin yang diambil daripada supplement secara berlebihan . Antaranya:

* Pengambilan vitamin E secara berlebihan daripada supplement tambahan boleh menyebabkan interaksi dengan ubat-ubat lain yang diambil oleh seseorang pesakit yang mengambil anticoagulant (ubat cair darah seperti warfarin) dan ini boleh menyebabkan risiko pendarahan. Selain itu, terdapat sesetengah pesakit barah yang mengambil vitamin E secara berlebihan tidak memberi tindak balas positif kepada rawatan kimoterapi dan radiasi . Secara tidak langsung ini menjejaskan rawatan yang diberikan. .

Vitamin C yang diambil secara berlebihan selalunya mempunyai kadar toksik yang rendah kepada badan kerana vitamin C besifat vitamin yang larut di dalam cecair (water-soluble vitamin). Meskipun begitu terdapat juga individu yang mengalami cirit-birit, muntah, pening kepala, sakit di bahagian abdomen, dan masalah usus akibat pengambilan vitamin C yang terlalu tinggi . Selain itu, bagi pesakit yang mengambil ubat statin, sekiranya mereka mengambil vitamin C secara berlebihan, ini merencatkan kenaikkan high-density lipoprotein(Kolesterol baik) . Oleh itu, mereka yang mengambil ubat statin perlu dipantau kandungan lipid mereka.

Hypervitaminosis A, adalah satu keadaan di mana pengambilan vitamin A yang terlalu tinggi. Keadaan toksik boleh menyebabkan seseorang mengalami penglihatan yang kabur, sakit pada bahagian sendi dan tulang, dan warna pada kulit boleh bertukar. Dalam keadaan toksisiti yang kronik, seseorang boleh mengalami kerosakan hati dan tekanan darah yang sangat tinggi di bahagian otak. Ini sering berlaku apabila seseorang mengambil dos vitamin secara berlebihan tanpa nasihat daripada pakar perubatan.

Nur Aliana Hidayah Muhamed. Sarjana sains perubatan(farmasi)

Sumber : http://rootofscience.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen