Cara buatnya

Bahan untuk Tauhu Begedil:
Tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar.
4 – 5 biji kentang Holland (mudah dilenyek)
Ayam/daging kisar
2 – 3 ulas bawang putih
Sedikit air
Bawang goreng/daun ketumbar
2 – 3 biji telur
Sedikit tepung jagung hujung sudu
Garam (secukup rasa)

Cara Buat Tauhu Begedil:
1. Rebus kentang yang telah siap dikupas dan bersihkan. Potong kecil supaya senang kentang nak lenyek.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah serta masukan isi ayam/daging kisar yang telah siap direbus
3. Toskan kentang rebus, lenyek dan gaul bersama secubit garam.
4. Campurkan kedua-dua campuran kentang, bawang goreng dan daun ketumbar tadi bersama hingga serasi.
5. Gunakan pisau tajam untuk memotong sedikit bahagian tepi tauhu sebelum menyumbatnya dengan inti. Pastikan inti tidak terlalu penuh kerana takut terkeluar masa menggoreng.
6. Biarkan seketika dalam frozen untuk bertahan isinya dalam tauhu sebelum goreng.
7. Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan tepung jagung (tepung jagung boleh buat telur menjadi sedikit pekat dan cantik kembang)
8. Celup dan salutkan satu persatu tauhu begedil yang siap isi inti, goreng dengan minyak penuh sehingga garing.

Sumber : https://www.facebook.com/ViralOhViralTerlajakViral dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen