Bahan-bahan

1/2 ekor ayam potong kecik
**1 sudu teh jintan manis
**1 sudu teh jintan putih
**4 biji buah pelaga
**1 batang kulit kayu manis
**2 kuntum bunga lawang
**2 lurut daun kari
**2 inci halia dikisar
**6 ulas bawang putih dikisar
**2 biji bawang besar dihiris
7 sudu besar serbuk kari daging bancuh dengan sedikit air
1/2 sudu besar pes asam jawa
1 cawan minyak untuk menumis
1 cawan susu sejat
garam dan gula secukupnya
air secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda ( ** ) dahulu sehinga naik bau
2. Masukkan air , biarkan mendidih dan masukkan ayam dan renih sehingga 3 hingga ke 5 minit
3. Masukkan bancuhan serbuk kari daging dan tutup periuk selama 5 minit
4. Masukkan pes asam jawa, susu sejat, garam dan gula secukupnya
5. Tambahkan air lagi sekiranya perlu
6 . Renihkan dengan api kecil sehingga kuah agak memekat

Nota tambahan : kepekatan kuah kari tu bergantung pada citrasa kita , nak cair tambahlah air , nak pekat kurangkan air . Boleh juga tambah kentang pada step ke 2 .

Selamat Mencuba !

Komen dgn Fesbuk

komen