Menurut beberapa orang pakar perunding imej di Malaysia jika anda seseorang bertubuh gempal, anda masih boleh kelihatan anggun dengan berselindung hanya dengan memilih pakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata. 

  • Jaga postur badan

Ramai tidak tahu bahawa menjaga postur badan dengan membetulkan posisi serta kedudukan tulang belakang amat penting kerana jika anda berdiri secara malas dan bongkok, ia akan menghasilkan ilusi tidak sharp dan gebu. Jadi dengan berdiri dan berjalan tegak dengan menjaga susuk tulang belakang supaya tidak bongkok bukan sahaja sebagai senaman yang baik untuk tulang belakang malah kesihatan tulang belakang anda juga akan lebih terpelihara.

  • Pakaian dalam yang tidak betul

Pastikan saiz dan ukuran yang diambil tepat sebelum membeli pakaian dalam wanita kerana jika pakaian dalam wanita yang tidak betul saiz dan tidak bertepatan dengan ukuran sewajarnya akan menyebabkan badan kelihatan gebu dan gempal. Ramai dikalangan wanita ambil mudah hal sebegini dengan sekadar menutup bahagian depan dengan tudung dan memakai baju yang besar supaya flaw itu ditutup dan tubuh wanita itu akan kelihatan semakin gebu walaupun bahagian dada ditutupi dengan tudung.

  • Pilih corak atau aksesori bersesuaian

Ini juga salah satu trick untuk tubuh lebih tinggi dan lampai dengan meminimumkan pemakaian aksesori. Kalau badan dipenuhi aksesori yang sarat dan berlapis-lapis dengan rekaan manik dan kerongsang, ia akan memberi ilusi tubuh lebih sarat dan bulat. 

  • Potongan pakaian

Setiap individu telah dijadikan dengan semua bentuk badan dan ukuuran yang tepat dan betul. Anda hanya perlu mengenal pasti potongan tubuh badan anda yang tepat untuk mengelakkan dari memakai pakaian yang terlalu ketat atau pakaian yang terlampau besar.

  • Pilih corak pakaian

Corak perlu dipilih dengan teliti, supaya nampak lampai dan tinggi. Pilih corak jalur menegak dengan garis- garis halus, corak serong ketepi dan garis menegak cekung. Manakala corak bunga halus, sulaman kecil dan comel menampakkan tubuh si pemakai nampak padan dan tidak membesar atau gempal.

  • Warna dan kombinasi yang sesuai

Elakkan dari menggunakan color block, warna terang dan pastel color bagi mengelakkan tubuh nampak besar dan rendang. Warna gelap? Boleh dipakai ketika waktu malam atau indoor function kerana ia blend dengan suasana yang gelap dan malap jadi ilusi tubuh nampak lebih kecil. Pilihan kain yang tepat akan menampakkan si pemakai tinggi lampai dan kemas. Elakkan dari memilih kain jenis berkilat, keras, berat dan melekap.

Sumber : gayahidupsihat dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen