EKSTRAK yis mentah yang dikenali sebagai Carboxymethyl Glucan (CM-Glucan) telah lama digunakan di dalam kosmetik dan perubatan.

Bagaimanapun, hanya sedekad yang lalu ia dikenal pasti sebagai komponen mampu bertindak sendiri untuk sistem ketahanan kulit.

Hasil penyelidikan menunjukkan CM-Glucan adalah agen yang sangat berkesan untuk digunakan di dalam kosmetik dan barangan penjagaan kulit.

Sifatnya yang larut air serta sesuai untuk penggunaan semasa dapat melindungi sel-sel kulit daripada kehabisan molekul antioksida akibat pancaran UV.

Malah, ia juga menggalakkan pertubuhan keratinosites, menegang serta mencegah kulit daripada rosak disebabkan bahan pencuci.

Dengan meningkatkan mekanisme sistem ketahanan kulit, CM-Glucan bukan sahaja menjadikan kulit cantik, malahan sihat berseri.

Menyedari kelebihan CM-Glucan, rangkaian penjagaan wajah dan kulit dari Switzerland, Skincode telah menjadikannya sebagai satu daripada bahan asas.

Pakar Kosmetologi, Profesor Volker Kalhofer berkata, rangkaian tersebut dihasilkan daripada penyelidikan terkini dan tercanggih di negara tersebut.

Ia turut melalui ujian dermatologi untuk membolehkan pengunaannya sesuai bagi semua jenis kulit termasuk kulit yang terlalu sensitif.

“Dengan falsafah keharmonian antara badan dan semula jadi, Skincode sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif sama ada lelaki atau wanita,

“Selain C-Clucan, kandungan Skincode berasaskan bahan-bahan asli, dipilih dengan teliti berdasarkan penyelidikan dan ujian dermatologi,” katanya.

Menurut kalhofer, rangkaian penjagaan kulit Skincode bukan sahaja memelihara, tetapi juga meningkat dan mempertahankan kecantikan kulit yang lembut dan kompleks.

“Kebanyakan kulit sensitif alah dengan kandungan kosmetik dan penjagaan wajah yang tidak asli.

“Sehubungan itu, para penyelidik Skincode telah menghasilkan produk ini tanpa bahan-bahan yang tidak perlu seperti pengawet, pewarna tiruan, pewangi dan bahan berasaskan haiwan,”jelas beliau.

Tambahnya, Skincode tidak menjanjikan keajaiban, tetapi memberi jaminan daripada segi hasil yang memuaskan.

Sementara itu, antara barangan dalam himpunan tersebut ialah losyen pembersih, penyegar, krim siang, pelembap, krim pemutih dengan penahan sinaran UV, gel mata, topeng muka, serum dan lain-lain.

Skincode juga mempunyai produk yang unik iaitu losyen penahan sinaran matahari yang boleh diubah antara SPF2 hingga SPF30 mengikut kesesuaian

Serentak dengan pelancaran kosmetik tersebut baru-baru ini, syarikat pengedar Skincode Masterpiece Direct Vision turut melancarkan Kad VIP Masterpiece Direct Vision yang membolehkan ahli menikmati pelbagai faedah dan diskaun di kedai terpilih.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm#ixzz4yIrjMLAV  dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen