Bahan – Bahan

375g tepung roti
30g gula (saya pakai unrefined organic sugar)
3/4tsp garam
20g butter (salted) – kalau guna unsalted, tambahkan sikit garam jadi 1tsp
1tsp instant dry yeast
240g susu kotak (sejuk)

Cara-cara Buat Roti Putih Guna Breadmaker

Yang ni lagi senang

  1. Masukkan semua bahan dalam bekas Breadmaker. Ala tak perlu ikut turutan pun. Saya campak semua sekaligus, menjadi sajo. Hahahahahaha.
  2. Setting loaf 1.5lb, dan set colour light.
  3. Dia akan tulis masa. Macam BM saya, die tulis 2:53 bermaksud 2 jam 53 minit total masa tu diambil.
  4. Pada minit dalam 25 uli tu, BM akan bunyi. Kalau nak masukkan kekacang ke, oat ke, kismis ke, chia seed ke, haa masukkan masa ni.
  5. Lepas 2 jam 53 minit Siap, terus keluarkan.
  6. Boleh lah potong.

Sumber : https://dapur.ibucergas.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen