1) Kanser bukanlah disebabkan bakteria. Kebanyakkan kanser disebabkan kerosakan pada genetik DNA yang terdapat di dalam sel. Ada juga disebabkan jangkitan virus seperti Human Papilloma Virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim dan juga hepatitis B yang menyebabkan kanser hati. Tetapi itu adalah disebabkan virus dan bukan bakteria.

2) Salah satu bakteria yang mungkin menyebabkan kanser secara ‘indirectly ataupun tidak terus menyebabkan kanser adalah bakteria Helicobacter pylori. Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai jangkitan H. pylori dalam perutnya mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menghidapi kanser perut. Ini kerana H. pylori akan menghilangkan sistem perlindungan dinding perut terhadap asid perut menyebabkan dinding perut terhakis. Sel yang terhakis akan diganti dengan sel yang baru. Pembahagian sel yang kerap mungkin akan menghasilkan sel yang tidak normal iaitu sel kanser

3) Minuman susu kultur yang terkenal dikatakan mempunyai bakteria baik yang sama wujud di dalam usus. Ia berfungsi untuk menguraikan makanan yang tidak terurai, mengawal bakteria-bakterua yang berada dalam usus suapaya tidak menyerang manusia dan beberapa lagi fungsi yang penting.

Pendek kata, bakteria baik ini sangat penting untuk usu supaya badan manusia dapat berfungsi dengan normal

Mengatakan bakteria baik ini boleh menyebabkan kanser adalah sesuatu yang tidak ada kaitan kerana setiap daripada manusia mempunyai bakteria baik itu dalam badannya.

 

4) Cumanya minuman susu kultur ini tidak boleh diberikan kepada orang yg mempunyai sistem imun yg lemah seperti

  • Pesakit HIV
  • Pesakit yg menjalani chemotherapy
  • Pesakit yg menggunakan steroid dalam satu jangka yg lama
  • Pesakit kanser
  • etc

7) Agakkan saya:

  • Kanak-kanak tersebut sudah mempunyai kanser darah sebelum ini.
  • Tetapi keadaan kanak tersebut menjadi lebih teruk setelah diberi susu kultur tersebut. Ini kerana pesakit kanser mempunyai sistem imun yg lemah. Disebabkan minuman kultur tersebut mempunyai bakteria yg hidup, maka dia menyerang perumah yang mempunyai sistem imun yg lemah itu.
  • Selepas itu, keadaan pesakit bertambah teruk disebabkan pengambilan susu tersebut

Kesimpulan:
Bakteria daripada susu kultur yang mengandungi bakteria baik tidak akan menyebabkan kanser kerana tanpa meminum susu kultur tersebut bakteria baik itu masih akan berada dalam usus seseorang manusia.

Kalau semua orang ada bakteria baik tersebut sepatutnya semua orang akan kena kanser darah. Tetapi ia tidak berlaku sedemikian rupa kerana bakteria tersebut tidak menyebabkan kanser.

 

Sumber : http://rootofscience.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen