Petua mengenal tempe

Berkongsi petua mengenal tempe yang rosak, sesetengah tempe akan timbul bentuk atau berubah warna kehitam-hitaman pada satu-satu bahagian, namun, ia bukan bererti rosak atau busuk.

Sebaliknya, ia adalah disebabkan proses meragi yang tidak sekata yang menyebabkan bahagian tersebut terlebih panas.

Sebab itu kalau nak buat tempe ni kena pentingkan aspek kebersihan. Tempe pun boleh merajuk. Maksudnya, tak jadi atau mengambil masa lebih lama untuk cendawan tumbuh.

Kalau nak kenal tempe yang tak elok, tengok pada warna kekuning-kuningan di permukaan tempe. Kalau kuning dan ada bau, ia tak elok. Tapi, jangan salah sangka pada tompok hitam tempe, kerana itu mungkin sebab kesan ragi yang tak sekata.

Tempe yang sudah siap biasanya masih panas dan boleh bertahan sehingga dua hari, manakala jika diletak dalam peti sejuk boleh bertahan tiga hari.

 

Sumber : www.sinarharian.com.my dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen