Bukan semua orang suka makan tempe. Bagi sebilangan besar masyarakat di Utara tanah air, tempe begitu asing sekali. Asing jika dimasukkan ke dalam menu apa lagi makan tempe goreng yang dicicah sambal kicap.

Berbeza dengan masyarakat di selatan tanah air, tempe adalah makanan ruji. Tempe juga dijadikan snek ringan atau kudapan ketika minum petang. Bagi yang gemarkan tempe, mungkin satu kelebihan buat anda. Kenapa?

Rahsia awet muda. Itulah kelebihan tempe. Yang anda tak pernah tahu, tempe merupakan makanan tradisional yang berpotensi untuk melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan. Bukanlah sentiasa muda dan langsung tak tua, tetapi ia melambatkan sedikit proses penuaan kita. Hebatkan?

Bagi anda yang gemar makan tempe, kena tahu apa kelebihan lain yang tempe dapat bantu tubuh kita. Bagi yang tidak makan, beranikanlah diri untuk mencubanya. Tak rugi pun!

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi masalah cirit birit.

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas juga baik bagi penderita jantung.

4. Paling baik untuk penghidap anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana

kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12. Kesemua unsur ini terkandung di dalam tempe

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang merupakan antibiotik bagi mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asid lemak pada tempe dapat menurunkan kadar kolesterol.

7. Memiliki sifat anti oksidan dan menolak kanser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan yang diakibatkan oleh kekurangan dan kelebihan gizi.

9. Mencegah timbulnya hipertension. Sangat disyorkan untuk yang cepat marah.

10. Tempe dapat mencegah osteoporosis kerana kandungan kalsiumnya yang cukup tinggi.

 

Sumber : http://keluarga.karangkraf.com/ dan google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen