Menghilangkan Radikal Bebas. Delima mengandungi kadar anti oksida yang tinggi seperti hydrolysable tannis dan polyphenols yang mana boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.

Melindungi Kesihatan Jantung. Delima membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Dengan ini, dapay mengurangkan masalah saluran darah. Pada masa mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung.

Dengan pengambilan jus buah delima boleh mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), yang mana boleb meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung).

Melawan Kanser. Buah delima mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payu dara, prostat dan kulit. Selain itu, anti oksida juga memainkan peranan untuk melawan sesetengah penyakit yang lain.

Bahan anti oksida akan menyebabkan perbentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.

Delima juga dipercayai boleh memberikan apoptosis, satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yang memainkan peranan yang penting dalam perbentukan kanser payu dara.

Membantu Sistem Penghadaman. Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.

Cara pengambilannya adalah dengan mencampur 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan/jus buah delima ke dalam satu gelas.

Meningkatkan Selera Makan. Buah delima sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. Ibu bapa digalakkan memberikan mereka minum segelas jus delima. Ini boleh membantu mereka untuk lebih berselera untuk makan.

Menyembuhkan Anemia. Anemia merupakan satu masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia.

Mengurangkan Inflamasi. Delima mengandungi Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan bersin.

Membantu Peredaran Darah. Buah delima juga sering digunakan untuk melegakan masalah darah tersumbat dalam saluran darah. Perkara ini boleh disebabkan oleh sesorang itu tidak mengamalkan pemakanan yang baik dan mungkin juga kerana merokok.

Membantu Mengurangkan Berat Badan. Kajian menunjukkan bahawa buah delima mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci badan dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan. Oleh itu, buah delima sangat sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.

Mengawal Kadar Gula Dalam Darah. Walaupun buah delima mengandungi fruktos, ia tidak meningkatkan kadar gula dalam darah sepertimana buah-buah yang lain. Kajian menunjukkan bahawa tiada peningkatan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis yang mengamalkan pemakanan/peminuman buah delima setiap hari selama 2 minggu.

Mengawal Tekanan Darah. Buah delima juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Jus buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah bagi pesakit masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh mengelakkan perbentukan gumpalan darah.

Menghalang Perbentukan Plak. Anda mungkin tidak percaya, namun jus buah delima boleh digunakan sebagai pembersih mulut, seperti mana yang dijual komersial di luar sana. Beberapa kandungan dalam buah tersebut mempunyai sifat anti plak yang tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa buah delima boleh mengurangkan plak pada mulut (disebabkan oleh perbentukan organisma) sebanyak 84%.

Sumber : https://www.panduansaya.com/ dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen