Buah delima, sejenis buah yang habitat aslinya dari negara Timur Tengah dan secara umumnya, buah delima hanya mempunyai tinggi sekitar empat hingga sembilan meter.

Selain rasanya yang enak, buah delima mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan kulit sekiranya ia diambil secara teratur.

Kandungan buah delima yang kaya dengan vitamin C, A dan E serta antioksidan dan zat besi mampu memperlambatkan proses penuaan serta memberi pelbagai khasiat pada kulit.

Antara khasiat buah delima termasuk:

1. Membantu mengatasi masalah kulit

Masalah kulit seperti bintik hitam serta pigmentasi antara masalah kerosakan kulit yang cukup membimbangkan. Buah delima mampu melindu­ngi lapisan kulit luar dan memperbaiki sel kulit dari dalam serta ia juga boleh menyembuhkan luka.

2. Menghilangkan jerawat

Masalah jerawat pastinya mengganggu setiap wanita yang sering bimbang penampilan diri akan terganggu dek jerawat. Buah delima ialah sumber vitamin C yang mampu mengatur pengeluaran zat berminyak yang diserap kulit. Buah delima juga mampu mengatasi masalah pencernaan serta mening­katkan peredaran darah menjadi lebih sihat sekali gus membantu menghilang­kan jerawat.

3. Mengatasi kulit kering

Buah delima memiliki struktur molekul yang tergolong kecil dan mampu meresap hingga ke dalam kulit serta mampu me­lembapkan kulit, mengatasi kulit bermasalah dan mengatasi kulit kering. Ia memberikan kelembapan semula jadi pada wajah.

4. Mengatasi kulit berminyak

Buah ini sering dimanfaatkan sebagai bahan semula jadi yang digunakan menjadi produk kecantikan. Ini kerana, buah delima yang mengandung minyak delima sangat bermanfaat dalam mengatasi kulit yang berminyak, mengatasi kedutan pada kulit serta menghilangkan jerawat.

5. Mencegah proses penuaan

Pengambilan buah delima atau jus delima secara konsisten dapat meremajakan kulit dan mampu melambatkan proses penuaan kulit wajah.

6. Melindungi kulit daripada sinaran matahari

Buah delima dapat membantu untuk melawan pancaran matahari yang menjadikan buah ini sangat bagus untuk kecantikan kulit. Ia mengandungi banyak antioksidan yang berperanan penting untuk mencegah kerosakan kulit yang terjadi kerana radikal bebas.

 

Sumber : https://www.hmetro.com.my dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen