Tips Memilih Buah Delima Yang Manis

Di Malaysia, ada dua jenis buah Delima yang sering ditemui dan dijual, iaitu yang kulit luarnya berwarna merah, dan satu lagi yang berwarna kuning. Ia juga berbeza dari segi isi, ada yang berwarna merah. ada yang berwarna putih pucat, ada pula berwarna unggu gelap. Perbezaan ini disebabkan origin ia ditanam, dan selalunya untuk buah Delima tempatan, kulit luarnya berwarna kuning pucat, dan isinya berwarna merah.

Ok, sekarang saya nak kongsikan tips mengenai cara nak memilih buah Delima yang bagus, yakni yang masak ranum dan manis. Buah Delima yang kurang masak, bijinya akan sukar nak dikeluarkan untuk dimakan. Jadi, rugi … sebab dalam setiap biji (isi) buah Delima itu ada hikmahnya.

Untuk kenali dan ketahui buah Delima yang manis dan sedap, anda ikuti petua berikut:

  1. Cari buah Delima yang kulit luarnya agak buruk sedikit, ada kesan kehitaman seperti jeragat.
  2. Pilih buah yang bertompok kulitnya.

 

Tips Memilih Buah Delima Manis

Kalau anda nak tahu, apabila tiba Hari Natal (Krismas), buah Delima antara buah yang paling laku keras disebabkan ia menjadi antara bahan utama salad untuk juadah makan malam sebelum Hari Krismas (Christmas Eve)

Sumber : www.hasrulhassan.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen