Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, potong kecil kepada kiub 1.5 inci setiap satu
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2-1 sudu besar serbuk cili (boleh ganti dengan 1 sudu besar cilikisar)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair (boleh ganti dengan 1 sudu besar kicap pekat)
  • sedikit garam
  • daun pandan saiz besar secukupnya
  • bilah pencucuk gigi secukupnya
Bahan-bahan tumbuk halus:
  • 4-5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 ketul kunyit hidup

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam toskan seketika.
  2. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tumbuk halus dan juga bahan-bahan lain (kecuali daun pandan dan bilah pencucuk gigi). Perap ayam selama minimum 1/2 jam.
  3. Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan seperti cara membalut ketupat. Tidak perlu terlalu rapat dan ada ruang sedikit. Cucuk dengan bilah pencungkil gigi atau lidi untuk mengelakan dari daun terbuka.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai dan nasi panas.

Tips

  • Kicap cair sudah masin rasanya, jadi anda harus hati-hati jika meletak garam supaya tidak terlebih masin.
  • Jika tiada kunyit hidup, boleh gantikan dengan serbuk kunyit.
  • Bahan-bahan pula sekadar anggaran dan anda boleh agak untuk melebihkan atau mengurangkan sesetengah bahan

 

Komen dgn Fesbuk

komen