Ikan keli dan ikan sembilang mempunyai bisa yang berupa duri di sirip kiri dan kanan. Jika sengatan ini terkena pada manusia boleh menyebabkan bengkak dan kesakitan yang teramat sangat. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mengetahui cara menanganinya. Berikut adalah beberapa tips hilangkan bisa ikan keli

Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan sebelum mencuba beberapa petua dibawah ini ialah, picit bahagian yang terkena sengatan tadi sehingga keluar darah. Kemudian bolehlah mencuba salah satu petua dibawah.

1.Kopi

Ambil dalam 3 sudu serbuk kopi dan masukkan dalam cawan. Kemudian curahkan dengan air panas dan wapkan bahagian yang terkena sengatan ikan keli tadi.

2. Asam Jawa

Sapukan asam jawa di bahagian yang telah disengat, kemudian tampalkan seketika dengan cara membalutnya bersama dengan asam jawa.

3. Limau Nipis

Belah limau nipis dan sapukan dibahagian yang terkena sengatan tadi. Kedengaran seperti agak mengerikan, tetapi ini adalah salah satu petua hilangkan bisa ikan keli.

4. Sabut Kelapa

Bakar sabut kelapa dan layurkan dibahagian yang terkena bisa sengatan ikan tadi. Kaedah ini mengambil masa selama lima hingga sepuluh minit untuk menghilangkan rasa sakit.

5. Kapur Sirih

Sapukan dengan nipis disekeliling bahagian yang terkena sengatan ikan tadi, pastikan kapur tidak mengenai luka.

Segala petua diatas ini boleh dilakukan untuk kedua-dua sengatan ikan keli dan ikan sembilang. Bagi yang tidak mengetahui perbezaan ikan keli dan ikan sembilang, ikan keli merupakan ikan darat manakala ikan sembilang merupakan ikan laut. Kedua-duanya mempunyai bentuk dan rupa yang sama tetapi mempunyai saiz yang berbeza.

Kredit Foto : flickr.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen