Kita tahu bahawa daging burger adalah antara makanan segera yang tidak sihat untuk tubuh badan. Selain daripada itu, kita juga tidak pasti bahawa daging burger yang dijual itu haram atau halal.

Jom kita lihat bagaimana nak buat sendiri daging burger.

Bahan yang diperlukan: 

  • 2 kilo daging kisar
  • 8 cawan serbuk roti
  • 2 biji telur
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan Italian Herbs
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 2 cawan bawang holland – yang telah dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih – tumbuk lumat
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 sudu besar minyak

Bahan tambahan: Mozarella cheese

Cara membuatnya: 

  1. Satukan kesemua bahan yang berada di atas kecuali cheese.
  2. Bulatkan daging burger mengikut saiz yang disukai.
  3. Leperkan dan tekan daging burger tersebut di bahagian tengah dengan ibu jari.
  4. Masukkan daging burger tersebut ke dalam peti sejuk dalam 1-2 jam.
  5. Daging burger ini boleh dimasak secara grill atau di atas kuali non stick.
  6. Ketika sudah hampir masak,letakkan cheese dan masak sehingga cheese agak cair.
  7. Hidangkan bersama roti burger dan siap!

Selamat mencuba!

Sumber : Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen