Haa mungkin ada diantara pembaca abangbrian.com yang sudah tahu tentang khasiat buah kurma untuk kesihatan dalaman dan luaran tetapi untuk entri kali ini Abang Brian nak kupaskan lagi apa kelebihan yang mungkin anda terlepas pandang.

Sebenarnya banyak kelebihan yang anda boleh dapat jika mengamalkan makan buah kurma ini. Jom kita tengok antara kelebihannya.

  • Penyakit Jantung

Buah kurma merupakan snek yang mempunyai rendah kalori, rendah lemak dan tidak mempunyai kalori jadi ia sangat sesuai untuk individu yang menghidap penyakit jantung.

  • Berat Badan

Kurma sangat tinggi dengan serat dan bukan itu sahaja ia juga mengandungi sumber tenaga yang sangat baik untuk individu yang ingin menurunkan berat badan kerana ia dapat mengurangkan rasa lapar dan nafsu amkan.

  • Kesihatan Tulang

Kandungan kalsium yang tinggi sememangnya boleh meningkatkan kesihatan tulang anda dan dapat mencegah osteoporosis dan artritis.

  • Meningkatkan hemoglobin

Kebanyakkan wanita mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menghidap anemia so apa yang perlu anda lakukan adalah mengamalkan makan kurma kerana kelebihan zat besi yang ada dalamnya dapat meningkatkan pengeluaran hemoglobin dan peredaran darah.

  • Stroke / Angin Ahmar

Kurma dapat menurukan risiko angin ahmar kerana kandungan kalium yang ada dalam buahnya. Ada satu kajian menunjukkan pengambilan kalium dapat berfungsi supaya tidak mudah rosak akibat tekanan darah.

  • Antioksidan

Antioksidan dan asid amino yang ada di dalam kurma dapat membantu badan dengan meningkatkan kesihatan jantung, penghadaman, dan penjagaan kulit.

  • Tenaga

Glukosa dan fruktosa yang terdapat dalam kurma merupakan sumber tenaga yang baik untuk hari yang memenatkan.

  • Penjagaan Rambut

Masalah rambut seperti bercabang, rambut kusaan dan rambut rosak merupakan sebahagian dariapda masalah harian kita. Vitamin B dan B5 yang ada dalam kurma dapat membantu mencegah masalah rambut anda.

  • Penjagaan Kulit

Vitamin A sangat bagus untuk kulit. Vitamina A dan B5 merupakan kunci untuk menyegarkan kembali kulit anda dari dalam.

  • Wanita Hamil / Selepas Bersalin

Kepada wanita hamil bolehlah memulakan amalan makan buah kurma untuk memguatkan lagi kesihatan ibu dan anak. Bukan itu sahaja, ia juga baik untuk pembentukan susu ibu.

Sumber : Panduan Nasihat

Komen dgn Fesbuk

komen