Fibroid dan Makanan

Ramai mengaitkan fibroid dengan makanan terproses, namun, terdapat kajian penyelidikan yang mengaitkan ia dengan pengambilan makanan bertin yang tinggi bahan pengawet seperti ikan sardine dalam tin dan sebagainya.

Apa yang anda perlu tahu?

Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan kehadiran fibroid dengan makanan seperi makanan dalam tin, daging dan ‘ham’, serta kekurangan sayur dan buah. Jadi apa lagi? Pilih daging putih ya! Go for white meat like fish and chicken.

Kajian selanjutnya mengaitkan juga masalah tersebut dengan kafein dan alcohol. Terdapat kajian yang mengaitkan wanita yang minum alkohol akan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mempunyai fibroid dan wanita yang minum kopi berkafein turut mempunyai risiko yang sama.

Alternatif? Mulakan pagi anda dengan air lemon atau teh hijau.

Phytoestrogen turut dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser endometral. Apa itu phytoestrogen? Phytoestrogen merupakan bahan dalam tumbuhan yang menyerupai hormone estrogen dalam tubuh. Bila ada phytoestrogen, ia akan memberi kesan antiestrogenik. Contoh makanan tinggi phytoestrogen adalah kacang soya, sayuran, whole grains dan herba. jadi jom kita mula makan tempe?

Protein yang variasi

Variasi jenis protein dalam makanan turut membantu. Cuba gantikan protein dari daging dengan protein dari ikan dan kekacang, ramai menyangka protein dari kekacang ni tidak mengenyangkan. Tapi, tak sebenarnya. Boleh, cuba makan dalca, cuba makan tosai, kebanyakan makanan dari India ni menggunakan kekacang, inilah masanya untuk cuba ya.

Selain itu, vitamin D juga penting untuk pengurangan risiko uterine fibroids. Semalam ada teman bentang kajian berkenaan vitamin D dan jelas orang kita terutamanya Muslim ni kurang vitamin D, terutama dari makanan. So mana nak dapat vitamin D? Ada dalam sinaran matahari sebelum pukul 11 pagi ya. Ada kajian yang dilakukan di sekitar pantai Timur, bandingkan vitamin D nelayan dan pekerja ofis, nelayan ni jauh mencapai saranan vitamin D berbanding pekerja ofis. Nah, ape lagi, masa untuk jogging di awal pagi?

Last but not least, tinggikan pengambilan sayur dan buah. Kaum yang tak suka sayur, tolonglah mula ambil sayur, bagus sayur ni, terutama yang hijau-hijau tu. Mula juga ambil whole grains yang kaya dengan vitamin B, rolled oat tu bagus tau. Nak cerita mekanisma tak payahlah, yang penting, mula ambil rolled oats.

Penulisan tamat sampai di sini. Sekarang, dah tahu apa perlu tukar, apa perlu buat kan? Ini untuk pencegahan dan elakkan pertumbuhan semula fibroid. Kalau dah ada masalah tersebut, boleh pergi jumpa doktor untuk rawatan yang seterusnya.

Disclaimer: Penulis bukan doktor perubatan tetapi pensyarah dalam bahagian Toksikologi, kalau ada Fibroid, jangan memandai ambil suplemen tu suplemen ni nak kecilkan fibroid, Ikut temujanji dengan doktor perubatan dahulu dan amalkan corak pemakanan di atas ya! Usaha tangga kejayaan!

 

Sumber : http://rootofscience.com dan google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen